LOGIN BKM 2022: Semakan & Kemaskini Permohonan Online

Kepada Individu yang layak dan memenuhi syarat menerima BANTUANKELUARGA MALAYSIA 2022 ,anda boleh membuat semakan dan kemaskini BKM secara online.
Bagaimana cara untu login BKM dan membuat semakan atau kemaskini permohonan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
CARA LOGIN BKM ONLINE
Untuk log masuk kali pertama BKM, anda perlu mendaftar BKM terlebih. Berikut adalah cara log masuk BKM kali pertama:
- Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Maklumat Keselamatan Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
- Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
- Pendaftaran BKM (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
- Jawab 5 Soalan yang disediakan
- Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk BKM
CARA SEMAKAN BKM ONLINE
Berikut adalah membuat semakan status BKM anda:
- Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Masukkan kod catcha yang tertera
- Tekan semak
- Status BKM anda akan terpapar
KEMASKINI PERMOHONAN BARU BKM ONLINE
Berikut adalah merupakan senarai maklumat yang boleh dikemaskini sekiranya ada perubahan iaitu :
- Status perkahwinan termasuk kahwin/ cerai/ kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk keterangan lanjut mengenai cara Login BKM, anda boleh layari ke laman web rasmi BKM http://bkm.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS BKM 2022: KADAR BAYARAN BAGI BUJANG / ISI RUMAH