LANGKAH MUDAH AJAR ANAK TENTANG KEWANGAN

kewangan

Terdapat banyak pandangan dan cara tentang langkah memperkenalkan tentang wang , kewangan dan isu yang berkaitan menguruskan wang. Bergantung kepada kesedaran dan tahap ilmu sesebuah keluarga itu sendiri untuk bertindak memulakan pendidikan ini lebih awal lagi. Seeloknya mulalah mendidikan anak semenjak usia muda lagi. Bagaimanakah caranya ?

Untuk kanak-kanak, menarik minat mereka merupakan perkara yang perlu diutamakan agar segala pembelajaran dan didikan yang hendak disampaikan berjaya diserap dan diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

LANGKAH 1

MEMPERKENALKAN WANG KEPADA ANAK
Anak-anak sekarang cukup pandai berbanding dengan kanak-kanak dahulu, jika diberi wang kepada mereka, mereka akan pegang wang tersebut sebaik mungkin. Seolah-olah mereka tahu wang merupakan sesuatu yang bernillai. Ajar anak di manakah harus kita simpan wang tersebut, bagaimanakah menggunakan wang yang ada, menjelaskan fungsi wang sebagai alat pertukaran dengan menunjukan satu simulasi ringkas jual beli atau pertukaran nilai. Jika kita konsisten memperkenalkan konsep wang kepada anak, tidak mustahil mereka jelas dan tahu asas penggunaan wang.

LANGKAH 2
BEZA ANTARA KEPERLUAN DENGAN KEHENDAK

Kanak-kanak mudah terpedaya dengan iklan dan permainan yang dipamerkan di kedai dan pasaraya. Latih anak untuk membezakan sama ada barang tersebut merupakan keperluan mereka atau sekadar kehendak. Anak juga boleh dilatih untuk membina atau mencipta sendiri permainan, barang yang mereka inginkan dengan cara yang lebih murah. Dedahkan juga apa keperluan harian yang biasa ibubapa perlukan untuk memasak dan membayar bil yang penting dan wajib dibayar untuk meneruskan kehidupan seperti makanan, bil elektrik dan air.

LANGKAH 3
KIT KEWANGAN DAN PERMAINAN MONOPOLI

Dua penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan kit pengajaran untuk meningkatkan kesedaran golongan ibubapa dan pendidik mengenai amalan bijak pengurusan kewangan kanak-kanak. Penyelidik daripada Fakulti Ekologi Manusia iaitu Dr. Mohamad Fazli Sabri dan Nurhayatul Nira Ramli telah menghasilkan ‘Kit Bijak Wang :Anak Bijak Cerdik Duit’ yang terdiri 16 bahan pengajaran interaktif berbentuk permainan yang disusun mengikut kesesuaian kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Melalui kit ini murid dapat belajar dan bermain secara serentak seterusnya membantu murid celik kewangan.

Anda boleh membelikan permainan monopoli sekiranya anak anda telah memahami konsep wang. Permainan monopoli ini melibatkan wang, iaitu untuk menjual beli aset, pelaburan, simpanan dan sebagainya. Anda boleh menjadikan permainan ini sebagai aktiviti sekeluarga pada masa lapang.Pendekatan ini merupakan cadangan berdasarkan pengalaman mengadakan program-program pendidikan kewangan. Anda boleh mencuba manamana pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak anda.Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), yang merupakan ahli gabungan FOMCA, telah membangunkan modul khusus untuk kanak-kanak pra sekolah yang dinamakan ‘Ringgit Pertama Saya’. Pendekatan secara interaktif ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk memahami nilai wang.

2 thoughts on “LANGKAH MUDAH AJAR ANAK TENTANG KEWANGAN”

Leave a Comment