i-BERMUSIM SELANGOR (Permohonan Pinjaman Peniaga Sehingga RM20000)

i-BERMUSIM SELANGOR (Permohonan Pinjaman Peniaga Sehingga RM20000)

i-BERMUSIM SELANGOR

Kepada para usahawan menjalankan aktiviti perniagaan jenis bermusim di Negeri Selangor yang ingin mengembangkan perniagaan, kini Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan satu pinjaman khas i-Bermusim. Kepada usahawan yang berminat untuk membuat permohonan, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM i-BERMUSIM SELANGOR

Skim i-Bermusim menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan kepada individu yang memerlukan modal pusingan perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan jenis bermusim seperti musim perayaan dan gerai buah-buahan bermusim

 

TARIKH PERMOHONAN i-BERMUSIM SELANGOR

  • Permohonan dibuka sepanjang tahun

 

SYARAT KELAYAKAN I-BERMUSIM SELANGOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pinjaman khas ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh dipohon oleh warga Selangor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 5 tahun.
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Mempunyai premis perniagaan yang khusus
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  • Boleh menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam Hijrah

 

KADAR PINJAMAN i-BERMUSIM SELANGOR

Berikut adalah merupakan kadar pinjaman yang ditawarkan bagi pinjaman ini iaitu:

  • Had Pembiayaan: RM1,000 sehingga RM20,000

 

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN i-BERMUSIM SELANGOR

Berikut adalah merupakan ciri-ciri pembiayaan ini iaitu:

  • Had Pembiayaan: RM1,000 sehingga RM20,000
  • Caj perkhidmatan 1% sebulan
  • Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan)
  • Bayar balik secara mingguan / bulanan / sekaligus (Tertakluk kepada perubahan semasa)
  • Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan.

 

DOKUMEN PERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • 2 keping gambar berukuran passport pemohon.
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan).
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun bank (yang menunjukkan no. akaun pemohon).
  • Gambar peniagaan.
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

 

CARA PERMOHONAN iBERMUSIM SELANGOR

Kepada usahawa yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan permohonan: http://mikrokredit.selangor.gov.my
  2. Pada menu utama klik pada Create Account
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan klik Submit.
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk.
  5. Seterusnya isikan dengan lengkap maklumat permohonan yang diperlukan
  6. Muat naik dokumen permohonan yang diperlukan.
  7. Setelah lengkap, klik pada Hantar permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai i-Bermusim Selangor, sila layari website rasmi Hijrah Selangor

 

ARTIKEL LAIN

CARA LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER (Ambil Gambar & Hashtag)

1 thought on “i-BERMUSIM SELANGOR (Permohonan Pinjaman Peniaga Sehingga RM20000)”

Leave a Comment