CABUTAN SSPN 2024(Semak Tarikh Cabutan & Pemenang)

CABUTAN SSPN 2024(Semak Tarikh Cabutan & Pemenang)

CABUTAN SSPN

PTPTN sentiasa menyediakan promosi istimewa untuk menggalakan penabungan Pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia disamping memberikan penghargaan kepada pendeposit yang setia melalui cabutan-cabutan hadiah yang ditawarkan.  Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang dilancarkan  menawarkan hadiah yang menarik kepada 138 pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

 

APA ITU CABUTAN WOW SSPN 2023

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen Cabutan WOW!  Simpan SSPN 2023 yang bertujuan untuk mendorong budaya menabung di kalangan rakyat Malaysia dan juga merupakan tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

 

SYARAT KELAYAKAN CABUTAN WOW SSPN 2023

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan pendeposit untuk menyertai kempen ini:

  1. Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN;
    • Simpan SSPN Prime
    • Simpan SSPN Plus
  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  3. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
  4. Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit;
  5. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
  6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup);
  7. Pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen.

 

JUMLAH CABUTAN WOW SSPN 2023

Terdapat enam (6) cabutan untuk disertai oleh semua pendeposit:-

  1. WOW! Gong Xi Ang Pow
  2. WOW! Syoknya Raya
  3. WOW! Merdeka
  4. WOW! Superheroes
  5. WOW! Y.E.S 2023
  6. Cabutan Tahunan

 

TAWARAN HADIAH CABUTAN WOW SSPN 2023

Kempen kali ini lebih menarik kerana pengguna aplikasi mudah alih myPTPTN mempunyai kelebihan bilangan cabutan berganda. Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN melalui aplikasi mudah alih myPTPTN boleh dilakukan dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Hadiah yang ditawarkan adalah hampir Berjumlah RM500,000 untuk 138 orang pemenang,

Berikut adalah merupakan antara hadiah cabutan tahunan:

  • Utama: RM150,000 – 1 pemenang
  • Kedua: RM50,000 – 1 pemenang
  • Ketiga: RM10,000 – 1 pemenang
  • Saguharti: RM2,023 – 20 pemenang

Berikut adalah merupakan cabutan Siri:

  • WOW! Gong Xi Ang Pow: RM2,023 – 23 pemenang
  • WOW! Syoknya Raya: RM2,023 – 23 pemenang
  • WOW! Merdeka: RM2,023 – 23 pemenang
  • WOW! Superheroes: RM2,023 – 23 pemenang
  • WOW! Y.E.S 2023: RM2,023 – 23 pemenang

 

CARA PENYERTAAN CABUTAN WOW SSPN 2023

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap RM100 yang disimpan bagi Simpan SSPN Prime dalam tempoh kempen akan layak satu cabutan manakala setiap RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula layak dua cabutan secara automatik. Berikut adalah merupakan cara penyertaan kempen ini:

  • Muat turun myPTPTN
  • Buka akaun atau buat penambahan simpanan Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus
  • Perlu memastikan akaun Simpan SSPN kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan

*transaksi melalui platform selain myPTPTN juga diterima

 

TEMPOH PROMOSI CABUTANWOW SSPN 2023

Tempoh kempen adalah seperti berikut:

KATEGORICABUTANTEMPOH KEMPENTEMPOH PENGEKALAN
Cabutan SiriWOW! Gong Xi Ang Pow1 Jan – 28 Feb 20231 Mac – 30 April 2023
WOW! Syoknya Raya1 Mac – 31 Mei 20231 Jun – 30 Julai 2023
WOW! Merdeka1 Jun – 31 Ogos 20231 September – 31 Oktober 2023
WOW! Superheroes1 September – 31 Oktober 20231 November – 31 Disember 2023
WOW! Y.E.S 20231 November – 31 Disember 2023Tiada
 Cabutan Tahunan1 Januari – 31 Disember 2023Tiada

Nota: Tempoh Pengekalan adalah tempoh di mana pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran simpanan semasa tempoh tersebut daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen untuk melayakkan cabutan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen ‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’, sila layari website rasmi ptptn di pautan www.lovesspn.com

 

ARTIKEL LAIN 

LUPA NO AKAUN SSPN: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

 

Leave a Comment