PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2023 (Semak Tarikh & Lokasi)

PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2023 (Semak Tarikh & Lokasi)

PESTA BUKU

Kepada anda yang tercari-cari bahan bacaan akademik, buku latihan dan pelbagai jenis buku yang diminati, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh pesta ini dan juga lokasi terkini yang akan diadakan, semoga membantu.

 

Apa Itu Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)dan Pustaka Tun Uda akan menganjurkan Pessta Buku Antarabangsa Selangor atau Selangor International Book Fairyang (SIBF) akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

PPAS ini telah dibuka pada 22 Julai 2011 yang mempunyai 6 aras secara keseluruhan, berkeluasan 203,600 kaki persegi dan dapat memuatkan seramai 2,500 orang pada satu-satu masa.

 

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Selangor

SIBF ini akan diadakan mulai pada 01 Disember hingga 10 Disember 2023.

 

Lokasi & Waktu Operasi Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Berikut adalah merupakan lokasi dan waktu operasi SIBF iaitu:

  • Lokasi : Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam
  • Masa : 9.00 pagi – 9.00 malam

 

Lokasi Booth Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Bagiu memudahkan anda untuk mencari booth kegemaran anda, anda boleh menyemak menerusi pautan di bawah:

 

Tawaran Menarik Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Untuk melihat tawaran menarik yang disediakan, anda boleh melayari pautan di bawah:

 

Cara Daftar Sukarelawan SIBF

Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan semawa SIBf, berikut adalah merupakan cara pendaftaran:

Kelayakan Sukarelawan SIBF

  • Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18-35 tahun
  • Sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit untuk menjalankan tugas
  • Berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris
  • Boleh menjadi sukarelawan sepanjang tempoh acara 1/12/2023 ~ 10/12/2023
  • Boleh bekerja dalam kumpulan
  • Mampu melaksanakan pelbagai tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • Pengalaman sebagai sukarelawan adalah dialu-alukan
  • Mempunyai pengangkutan sendiri
  • Sekurang-kurangnya kelayakan SPM dan seumpamanya
  • Kebolehan dan kemahiran lain yang boleh membantu penganjuran SIBF

Cara Daftar

  • Layari pautan Be A Volunteer
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Hantar
  • Calon yang terpilih akan dimaklumkan oleh penganjur SIBF2023.

 

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pesta Buku Antarabangsa Selangor ini, anda boleh melayari pautan berikut:

 

ARTIKEL LAIN

1 thought on “PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2023 (Semak Tarikh & Lokasi)”

Leave a Comment