PERMOHONAN BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG TAHUN 2024

PERMOHONAN BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG TAHUN

ANAK YATIM YAYASAN PAHANG

Kini Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Anak Yatim bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang Diluluskan oleh YP. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.


APA ITU BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG

BIASISWA ANAK YATIM ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

 

SYARAT  KELAYAKAN BIASISWA ANAK YATIM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang;
    • Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
    • Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM4,850/bulan dan kebawah.
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2022 seperti berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Minimum lima (5) kepujian
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): Minimum CGPA 2.50
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Minimum Jayyid Jiddan
  3. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  4. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

 

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA ANAK YATIM 

Permohonan boleh dibuat mulai 8 September 2023 (Jumaat) hingga 29 September 2023 (Jumaat).

 

KADAR PENAJAAN BIASISWA ANAK YATIM 

  • Kadar penajaan akan diberikan sebanyak RM 7,000 setahun untuk yuran pengajian dan sara hidup.
  • Tajaan akan diberikan semasa diperingkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Surat beranak.
  3. Slip gaji pemohon dan ibu bapa.

NOTA: Diingatkan semua dokumen tersebut perlu dibuat palang dengan menulis “Untuk Kegunaan YP Sahaja” sebelum dimuatnaik agar tidak disalahgunakan.

 

CARA PERMOHONAN BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG

Kepada pemohon yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Sistem Pengurusan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang
  2. Klik pada Permohonan Biasiswa.
  3. Sebagai penguuna baharu, klik pada Pendaftaran Pengguna Baru.
  4. Sila isi semua maklumat yang diperlukan.
    • ID Pengguna (No. KP)
    • Kata Laluan
    • Nama Penuh
    • Email
  5. Seterusnya klik Daftar.
  6. Log masuk kembali akaun anda
  7. Tekan skim biasiswa yang ingin dipohon.
  8. Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan tepat.
  9. Semak kembali maklumat anda, dan hantar permohonan
  10. Cetak borang permohonan dan email kepada [email protected].

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai biasiswa Anak Yatim YP, anda boleh merujuk website rasmi Yayasan Pahang 

 

ARTIKEL LAIN

1 thought on “PERMOHONAN BIASISWA ANAK YATIM YAYASAN PAHANG TAHUN 2024”

  1. SAYA NAK TAHU BILA DAPAT BANTUAN RM1000 SEBULAN.
    SEKARANG SAYA TERIMA RM400.
    SETENGAH KAWAN SAYA SUDAH LULUS UNTUK RM1000.
    SAYA MASUH BELUM TERIMA.

    Reply

Leave a Comment