KEMASKINI ASB: CARA TUKAR NOMBOR TELEFON GUNA KIOSK

KEMASKINI ASB: CARA TUKAR NOMBOR TELEFON GUNA KIOSK

KEMASKINI ASB: CARA TUKAR NOMBOR TELEFON GUNA KIOSK

Kepada anda yang keliru dan masih tidak tahu tentang cara kemaskini no telefon ASB anda, jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara mengemaskini nombor telefon ASB anda.

Kaedah yang akan kami kongsikan pada hari ini adalah kaedah kemaskini nombor telefon di kiosk ASB dan bukanlah kemaskini asb secara atas talian ataupun online.

Baca juga tentang CHECK DUIT INTERIM I-SINAR DAH MASUK KE BELUM MENGIKUT BANK

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB

Kaedah mengemaskini nombor telefon di kiosk ASB lebih mudah dan senang berbanding mengemaskini secara online, walaupun anda harus keluar rumah untuk ke kiosk ASB berdekatan.

Cara mengemaskini nombor telefon:

  1. Anda perlu mencari di mana lokasi kiosk ASB yang berdekatan dengan rumah anda terlebih dahulu.
  2. Cara mudah adalah anda klik pada pautan portal rasmi ASB: https://www.asnb.com.my/asnbv2_6contact.php
  3. Selepas anda sudah menemui lokasi kiosk ASB, anda perlu bawa bersama buku ASB (sekiranya ada), dan segala dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan anda dan sebagainya (sekiranya diminta).
  4. Setelah anda tiba di kiosk ASB tersebut, anda perlu terus mencari mesin kiosk ASB yang disediakan.
  5. Sekiranya anda tidak tahu cara menggunakan mesin kiosk ASB tersebut, jangan panik kerana akan ada pekerja ataupun staff ASNB yang akan membantu anda.
  6. Masukkan kad pengenalan anda ke dalam ruangan yang disediakan untuk proses pengesahan.
  7. Klik butang SAHKAN MYKAD.
  8. Kemudian klik HANTAR.
  9. Selepas kad pengenalan anda diproses, anda perlu mengecap cap jari anda untuk tujuan pengesahan bahawa kad pengenalan tersebut adalah milik anda.
  10. Selepas itu, akan ada mesej yang menyatakan “Cap jari anda berjaya disahkan” dan klik OK dan HANTAR.
  11. Pada menu berikutnya, anda perlu tekan pada “KEMASKINI MAKLUMAT” untuk mengemaskini nombor telefon anda.
  12. Maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin dan anda perlu mencari ruangan nombor telefon dan anda perlu kemaskini dengan nombor telefon anda yang terkini, dan tekan HANTAR.
  13. Setelah selesai mengemaskini anda perlu klik TAMAT TRANSAKSI.
  14. Berikan maklum balas anda tentang kajian kepuasan pelanggan ketika menggunakan kiosk ASB.
  15. Jangan lupa keluarkan kad pengenalan anda.
  16. Selesai sudah proses kemaskini no telefon ASB anda.

Ketahui juga tentang CHECK NO PINJAMAN PTPTN GUNA IC: CARA DAPATKAN NO PTPTN

Leave a Comment