KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA: PANDUAN KEMASKINI (Rujukan Bergambar)

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA: PANDUAN KEMASKINI (Rujukan Bergambar)

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun. Hal ini amat penting agar data tersebut mudah diperolehi untuk dibuat tapisan bagi sebarang bantuan yang akan disalurkan kepada murid yang layak menerima.

Namun tidak semua keluarga memppunyai capaian internet yang baik untuk menyelesaikan proses kemaskini. Sekiranya berlaku masalah tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon budi bicara dan kerjasama guru kelas anak, serta penyelaras tahun untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.

Baca juga tentang mySIKAP JPJ ONLINE: PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA

PERANTI UNTUK KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara atas talian sama ada melalui telefon pintar (handphone) , komputer meja (desktop) atau computer riba (laptop).

Tujuan Kemaskini Apdm Kpm Ibu Bapa

  • Mengelakan pengisian berulang kali
  • Mendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah
  • Mengetahui status kewangan pelajar
  • membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar

nota: ibubapa diluar sana harus BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA

  1. Layari laman web: https://apdm.moe.gov.my/
  1. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)
  1. Selepas daftar, boleh Login.
  1. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
  1. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.
  1. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
    • Profil Anak Jagaan
    • Alamat Anak Jagaan
    • Maklumat Penjaga
  1. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

Ketahui juga tentang CARA LOGIN PORTAL DELIMa: ONLINE PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan,

  • Sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.
  • Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan dan aduan melalui e-mel: [email protected]

Leave a Comment