KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGOR 2020

KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGOR 2020

Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor pada tahun ini iaitu 2020M/1441H adalah RM7, RM14 dan RM21.

CARA PENENTUAN KADAR ZAKAT FITRAH 2020

KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGOR 2020
KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGAR 2020

Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg.

CARA PENENTUAN KADAR ZAKAT FITRAH 2020 GOLONGAN BERKEMAMPUAN

Bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan.

Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg). Walau bagaimanapun, kadar bayaran zakat melebihi RM7.00 adalah sebagai galakan sahaja dan tiada paksaan kepada pengeluar zakat di Selangor.

Sehubungan itu, bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik seramai ( ) penolong amil fitrah di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan ini.

KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGOR 2020

CARA BAYAR ZAKAT PENDAPATAN SECARA ONLINE  DI SELANGOR

1.Layari laman portal Lembaga Zakat Selangor (LZS).

2.Isikan  maklumat yang diperlukan.

3.Portal ini akan membantu anda mengira jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar.

4.Buat bayaran zakat.

5.Anda telah selesai membayar zakat pendapatan dan simpan resit bayaran.


CARA BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN SECARA ONLINE  DI SELANGOR

1.Layari laman portal Lembaga Zakat Selangor (LZS).

2.Isikan  maklumat yang diperlukan.

3.Portal ini akan membantu anda mengira jumlah zakat perniagaan  yang perlu dibayar.

4.Buat bayaran zakat.

5.Anda telah selesai membayar zakat perniagaan dan simpan resit bayaran.

CARA BAYAR ZAKAT WANG SIMPANAN SECARA ONLINE  DI SELANGOR

1.Layari laman portal Lembaga Zakat Selangor (LZS).

2.Isikan  maklumat yang diperlukan.

3.Portal ini akan membantu anda mengira jumlah wang simpanan yang perlu dibayar.

4.Buat bayaran zakat.

5.Anda telah selesai membayar zakat wang simpanan dan simpan resit bayaran.

CARA BAYAR FIDYAH DI SELANGOR 2020

Berikut adalah cara untuk bayar fidyah di negeri Selangor.

TEMPAT MEMBAYAR ZAKAT FITRAH 2020

Biasanya  orang ramai menunaikan zakat fitrah di  cawangan LZS di seluruh Selangor, di samping beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang. Zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui penolong amil institut pengajian tinggi (IPT) di 14 buah IPT di seluruh Selangor. Namun memandangkan situasi penularan wabak Covid-19, Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan memberi ketetapan baru bagaimana cara untuk membayar zakat fitrah tahun ini.

SENARAI BANTUAN ZAKAT

Pada bulan ramadhan tahun lalu, LZS akan membuka cawangannya di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan. Ini bagi memudahkan masyarakat yang mengambil kesempatan menunaikan zakat harta dan fitrah pada bulan Ramadan.


Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengehadkan waktu operasi di ibu pejabat dan sebahagian cawangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop, berkata waktu operasi baharu di ibu pejabat dan 13 cawangan lembaga itu bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang.

Walaupun kita mengehadkan waktu operasi, agihan bantuan bulanan dan asnaf sedia ada tetap akan menerima bantuan seperti biasa. Permohonan bantuan zakat termasuk pengambilan dan penyerahan borang permohonan boleh dibuat di 13 cawangan LZS meliputi sembilan daerah yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang sepanjang tempoh berkenaan.

Cawangan berkenaan adalah di ALAMi Seksyen 13 Shah Alam, Subang Jaya, Masjid Kota Damansara, Kompleks MAIS Klang, Banting, Bandar Baru Salak Tinggi, Bangi, Ampang, Selayang, Taman Melawati, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor dan Sungai Besar.

Orang ramai yang ingin membuat semakan bantuan dan cetakan penyata bayaran zakat boleh melayari https://ezo.zakatselangor.com.my.

Untuk pembayaran zakat pula boleh dilakukan melalui transaksi atas talian dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my ataupun menerusi perbankan internet.

2 thoughts on “KADAR BAYARAN ZAKAT SELANGOR 2020”

Leave a Comment