JOM BACA KELEBIHAN VS KELEMAHAN E-WALLET

E- wallet Malaysia

Masyarakat Malaysia mula terdedah dengan E- Wallet apabila kerajaan mengumumkan tentang kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membuat perubahan dalam sistem kewangan terkini telah mengambil inisiatif untuk menggalakan rakyat untuk menggunakan E- Wallet ini.

Fungsi E- wallet sama sahaja dengan wang fizikal. Ia merupakan satu cara menyimpan wang dalam bentuk elektronik, nama menjadi popular dikalangan pengguna kerana kemudahan yang selesa kepada pengguna internet untuk menyimpan dan menggunakan maklumat semasa berbelanja secara online. Selain itu, pengendali e- wallet juga sering menawarkan pelbagai promosi menarik seperti casback,voucher discount dan sebagainya untuk menjadikan e- wallet sebagai pilihan yang tepat untuk membayar transaksi.

Berikut adalah kelebihan menggunakan E- wallet :

  1. Mudah Digunakan
    Hanya menggunakan smartphone pengguna boleh membuat sebarang transaksi. Pengguna tidak perlu membawa dompet yang penuh dengan wang, kad debit atau kredit atau perlu ke ATM. Transaksi dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  2. Perbelanjaan Direkod Berdasarkan Transaksi
    Anda boleh mengesan dan membuat kira-kira sebarang perbelanjaan dan transaksi yang telah dilakukan kerana semua telah direkodkan. Ini memudahkan anda mengurus kewangan dengan lebih baik dan sistematik .
  3. Tawaran Promosi Menarik
    Sempena perayaan biasanya terdapat pelbagai promosi menarik untuk pengguna E-Wallet contoh rebat tunai, bercuti di tempat menarik dan lain-lain pasti menguntungkan pengguna E- Wallet.
  4. Risiko Rendah
    Jika akaun anda dicuri, anda boleh melaporkan kepada pihak bertanggugjawab. Seterusnya wang dalam dompet digital anda akan selamat.Ciri-ciri keselamatan yang lain dalam E-wallet seperti penggunaan PIN transaksi dan memenuhi garis panduan peraturan Bank Negara.

Berikut adalah kelemahan e-wallet:Penggunaan Terhad

1. Kemudahan Terbatas
Walaupun terdapat banyak tawaran menarik namun penggunaan e- wallet masih terhad . E- wallet hanya boleh digunakan untuk pihak yang telah bekerjasama dengan pengendali e dompet yang terpilih sahaja.

2. Bukan Alat Pelaburan

E- wallet tidak menyediakan atau menjanjikan wang anda akan bertambah atau berkembang apabila anda menyimpan banyak wang di dalam kemudahan e- wallet. Ia bukan sebagai alat pelaburan tetapi sebagai satu kemudahan yang sesuai dengan keperluan pengguna.

1 thought on “JOM BACA KELEBIHAN VS KELEMAHAN E-WALLET”

Leave a Comment