JENIS & CARA PERMOHONAN BANTUAN #SMART SIHAT

Bantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan
Kerajaan Negeri Selangor amat perihatin akan tahap kesihatan seluruh rakyat di negeri ini. Keprihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang kemampuan.
Baca juga tentang CARA PERMOHONAN ELAUN DI BAWAH PROGRAM MyFUTUREAGRO
JENIS & CARA PERMOHONAN BANTUAN #SMART SIHAT
Jenis Bantuan #Smart Sihat
Jenis Bantuan yang disalurkan untuk permohonan.
DIALISIS BUAH PINGGANG
Pemohon boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat hemodialisis hospital kerajaan atau swasta.
Dialisis adalah suatu proses yang dilakukan dengan menggunakan mesin dialisis bagi menjalankan fungsi seperti ginjal manusia yang sihat.
Dialisis diperlukan apabila ginjal kita tidak dapat lagi berfungsi dengan baik dan tahap kerosakan ginjal telah mencapai 85-90%.
Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang akan mengalami kegagalan buah pinggang.
Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes itu bermula. Tetapi, jangka masa untuk buah pinggang gagal untuk berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika terlambat membuat pengesahan mengenai penyakit diabetes yang dihidapi.
Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya. Proses dialisis biasa dilakukan untuk membuang sisa-sisa metabolisma dan lebihan cecair agar tidak berkumpul di dalam tubuh serta menjaga tubuh badan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang.
KATARAK MATA
Katarak atau bular ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.
Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.
Masalah katarak berlainan dengan masalah mata Glaukoma. Katarak mata dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi yang terpilih yang menawarkan harga pasaran yang terendah.
PEMBEDAHAN
Bantuan yang disalurkan merangkumi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya. Pembedahan dijalankan di hospital kerajaan sahaja.
KAKI PALSU
Permohonan pembelian peralatan atau kos rawatan pesakit. Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.
LAIN-LAIN PERMOHONAN
Bantuan peralatan dan lain-lain rawatan yang dijalankan dihospital kerajaan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN #SMART SIHAT NEGERI SELANGOR
- Layari laman portal rasmi BANTUAN SIHAT SELANGOR
- Klik butang daftar permohonan
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Klik DAFTAR
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Lokasi
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan,Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 4, Bangunan Ssaas 40503 Shah Alam
No Telefon
- 03- 5544 7628 / 7453
Emel
2 thoughts on “JENIS & CARA PERMOHONAN BANTUAN #SMART SIHAT”