PERBEZAAN PERBANDINGAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN (PTPTN MARA JPA)

PERBEZAAN PERBANDINGAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN (PTPTN MARA JPA)

PERBEZAAN PTPTN MARA JPA

Sekiranya anda bakal pelajar IPTA mahupun IPTS ataupun pelajar-pelajar yang hendak menyambungkan pelajaran mereka dari peringkat sijil ke diploma, diploma ke ijazah, ijazah ke master atau sebagainya semestinya akan memerlukan pembiayaan pendidikan.Pada masa kini terdapat pelbagai penaja pembiayaan yang ada antaranya ialah perbezaan PTPTN MARA dan JPA. Apa perbezaan ketiga-tiga pembiayaan ini dan yang mana paling berbaloi untuk anda mohon? Disini kami akan kongsikan kepada anda perbezaan antara ketiga-tiga penaja pembiayaan ini, semoga membantu.

 

PERBEZAAN PTPTN MARAJPA

Berikut adalah merupakan perbezaan antara ketiga-tiga penaja pembiayaan ini iaitu:

PENAJAPERBEZAAN
PTPTN
  • Pinjaman PTPTN pula lebih memihak kepada pelajar IPTA sahaja. Memandangkan yuran IPTA telah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia, mahasiswa tidak perlu risau berhutang dengan PTPTN dengan banyak. Namun bagi IPTS, pinjaman PTPTN adalah teramat membebankan. Tambahan pula PTPTN ditambah dengan kos admin dan bunga (Interest). Elaun sara hidup pula turut diberikan pada setiap Semester
  • Namun pinjaman PTPTN boleh ditukarkan kepada biasiswa penuh jika anda dapat ijazah kelas pertama. Jadi anda boleh buat pengecualian bayaran balik tanpa membayar sebarang nilai sekiranya mendapat ijazah kelas pertama. Hanya tamat pengajian peringkat Ijazah dengan keputusan cemerlang sahaja layak untuk dapat pengecualian bayaran balik pinjaman.
  • Syarat permohonan PTPTN adalah tidak terlalu ketat. Pemohon hanya perlu menunjukkan surat tawaran kemasukan IPT sahaja.
MARA
  • MARA dikhususkan kepada pelajar BUMIPUTERA. MARA merupakan pinjaman boleh ubah. Ini bermaksud anda perlu bayar balik, tetapi tidak banyak ikut keputusan atau CGPA yang anda dapat. Semakin bagus keputusan anda, semakin sedikit jumlah bayaran balik kepada MARA.
  • Kelulusan pinjaman MARA adalah kepada pemohon yang betul-betul berkelayakan.
JPA
  • Pinjaman pelajaran JPA lebih dikenali sebagai Biasiswa JPA. Biasiswa JPA antara paling diidamkan oleh semua mahasiswa kerana segala yuran pengajian anda ditanggung, malah anda akan dapat elaun sara hidup sepanjang pengajian
  • Namun JPA adalah berteraskan bond atau terikat. Selepas tamat pengajian, anda perlu berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh tertentu untuk menjadikannya biasiswa penuh.
  • Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:
    • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar Berkhidmat Dengan Kerajaan setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
    • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
    • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Swasta Dalam Negara setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
    • Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar bekerja di luar negara.
  • Permohonan JPA adalah dibuka dalam tempoh tertentu. Namun pelajar yang sedang melanjutkan pengajian dan merupakan peminjam PTPTN juga boleh mohon apabila tawaran JPA dibuka.

 

ARTIKEL LAIN

CHECK NO PINJAMAN PTPTN  (Guna Nombor IC)

1 thought on “PERBEZAAN PERBANDINGAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN (PTPTN MARA JPA)”

Leave a Comment