HUKUM MENGGUNAKAN E-WALLET DI MALAYSIA

hukum e-wallet

E- wallet merupakan benda yang agak baru dan asing dalam masyarakat kita di Malaysia. Penggunaan E- wallet semakin hari semakin meningkat menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan tentang hukum menggunakan E-wallet untuk umat islam di Malaysia secara amnya.

E-wallet masih dalam pemerhatian majlis-majlis penasihat syariah dan kemungkinan fatwa/pendapat mereka akan dikeluarkan tak lama lagi Insya Allah. Pihak JAKIM juga belum memberi kata putus tentang hukum penggunaan E- wallet, isu ini masih dalam proses perbincangan dan perlu diperluhalusi dengan tepat. Namun demikian terdapat beberapa situasi yang menunjukkan unsur tidak jelas dalam penggunaan E-wallet, berikut adalah contoh :

  1. Tambah Nilai menggunakan Kad Kredit
    Contohnya,anda tambah nilai e-wallet menggunakan kad kredit untuk bayar bil. Kebetulan pada masa itu ada promosi dapat cashback 100% jika anda bayar bil. Benar, memang anda untung tetapi disni masalah mula timbul . Disebabkan anda menggunakan kad kredit, ia dah jadi satu bentuk pinjaman . Sebarang manfaat yang diterima atas pinjaman akan dikenali sebagai riba. Jadinya kat sini, 100% cashback yang anda terima itu dikira riba.
  2. Buat pelaburan dengan syarikat non-shariah-compliant guna duit dalam akaun escrow
    Menurut Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) yang pakar dalam bidang muamalat, syarikat e-wallet ni jugak boleh gunakan floating income (duit dalam akaun esrow) untuk buat pelaburan.Masalah akan timbul sekiranya syarikat e-wallet buat pelaburan dengan syarikat yang non-shariah-compliant. Di sini, anda dah dikira terlibat dengan pelaburan ini sebab sebahagian kecil duit dalam akaun escrow ni jugak milik anda.
  3. Tak jelas dari mana sumber promosi dan ganjaran wujud
    Andakah anda terfikir daripada wang untuk penyediaan jenis promosi dan ganjaran dalam syarikat pengendali e-wallet? mungkin keuntungan yang syarikat e-wallet dapat dari pelaburan tu digunakan untuk buat promosi macam rebat, diskaun dan macam-macam lagi lah yang buat anda kurang selesaDisini timbul unsur syubhah (was-was) dan boleh jatuh haram.

Apakah langkah penyelesaian yang anda mungkin pilih. Ada yang mencadangkan pilih sahaja pembayaran secara terus daripada akaun bank anda melalui fpx, jompay, kredit kad Islam dan lain lain..” Setahu kami, e-wallet masih dalam pemerhatian majlis-majlis penasihat syariah dan kemungkinan fatwa/pendapat mereka akan dikeluarkan tidak lama lagi Insya Allah. Sebelum kenyataan rasmi itu dikeluarkan, bergantung kepada anda untuk menggunakan khidmat e-wallet.

Bagi syarikat e-wallet yang ingin tawarkan produk/perkhidmatan yang patuh syariah dan telus dalam pelaksanaannya, pengendali e-wallet hendaklah meng ikut peraturan seperti yang ditetapkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 oleh BNM. Contohnya, mengikut akta tersebut, syarikat e-wallet wajib tubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SAC) yang akan bertindak sebagai jawatan kuasa penasihat dalam segala aktiviti perniagaan macam pelaburan yang patuh syariah. Sekiranya berlaku kepincangan berkaitan syariah , syarikat e-wallet menjalankan perniagaan yang tak patuh syariah, majlis penasihat ni boleh report pada BNM dan hukuman akan dijatuhkan.Semoga pencerahan ringkas ini memberi panduan kepada anda dalam penggunaan e-wallet.

Kerajaan juga hendaklah bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah keraguaan pengguna terutamanya melibatkan isu halal haram untuk umat islam di Malaysia.

2 thoughts on “HUKUM MENGGUNAKAN E-WALLET DI MALAYSIA”

Leave a Comment