HUKUM FOREX ONLINE DI MALAYSIA

HUKUM FOREX ONLINE DI MALAYSIA
HUKUM FOREX ONLINE DI MALAYSIA

HUKUM FOREX ONLINE DI MALAYSIA

FOREX DI MALAYSIA

Tahukah anda di Malaysia, hanya syarikat yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh menawarkan perhidmatan kewangan (jual beli matawang)?

Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai ‘perniagaan perkhidmatan wang’) yang diberikan lesen oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Senarai penyedia perkhidmatan kewangan boleh didapati di laman sesawang BNM, melalui pautan yang berikut:

(i) Senarai Institusi Kewangan Berlesen

(ii) Senarai Pengurup Wang, Penyedia Perkhidmatan Pengiriman Wang dan Pemborong Mata Wang Berlesen


Jadi jelas bahawa tiada satu pun broker-broker online tempatan atau luar negara menawarkan Forex Trading Online yang halal.

MAJLIS FATWA

Majlis Fatwa Kata Haram Pada Februari 2012. Menerusi Portal Rasmi Fatwa Malaysia, telah pun menerbitkan artikel Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik.

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA

1.Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.

2.Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

3.Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

PANDANGAN PROFESSOR DR AZMAN HASAN

Dr Azman Hassan merupakan Pensyarah UIA & Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Maybank Islamic.  Berdasarkan pandangan Dr Azman Hasan, dapat disimpulkan seperti berikut :

  • Forex merupakan pertukaran mata wang kepada mata wang yang lain. Contohnya tukar Ringgit Malaysia kepada US Dolar

  • Semua Majlis Fatwa di dunia iktiraf duit kertas sebagai mata wang, sama seperti emas dan perak

  • Pertukaran mata wang perlu mematuhi syarak

  • Ringgit Malaysia tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi 2 syarat: Spot Transaksi & Harga dan Jumlah yang sama

  • Jika tukar dua mata wang berbeza, US Dolar tukar kepada Ringgit Malaysia perlu patuhi syarat Spot Transaksi

  • Spot Transaksi – Lani, tidak berlaku sebarang penangguhan

PANDANGAN TUAN HAJI RAZALI

KETUA PENASIHAT,JABATAN PENASIHAT PERNIAGAAN- SYARIAH DI ISLAMIC BANKING AND FINANCE INSTITUTE MALAYSIA (IBFIM)


Forex adalah bermaksud foreign exchange. Apabila kita menyebut tentang Forex, kita sedia maklum bahawa ia adalah transaksi jual beli mata wang. Jual beli mata wang jika kita guna kontrak syariah Al Sarf, ia dibolehkan.

Forex online yang selalunya tidak dibenarkan kepada individu, tetapi ianya dibenarkan kepada Bank-bank Islamik.

SEBAB FOREX ONLINE DIBENARKAN KEPADA BANK-BANK ISLAMIK

1.Matawang adalah merupakan perkara ‘ribawi’. Syarat perkara ribawi, ia mestilah jual beli secara tunai dan pertukaran mata wang berlaku on spot (tidak tertangguh).

2.Kalau dijalankan secara online, ia akan menyusahkan untuk individu memastikan ianya berlaku on spot. Sebab itulah ia tidak dibenarkan.

3. Kalau Bank-bank Islamik, mereka mempunyai Nostro dan Vostro akaun yang boleh bayar on spot antara ke dua-dua matawang tersebut walaupun secara online. Sebab itulah ia dibenarkan.

Bagi memudahkan anda faham tentang forex, lebih baik anda baca dan faham info berikut .

TRANSAKSI FOREX ADA TIGA PERKARA ATAU KEADAAN

1.Spot Transaksi – Berlaku secara Spot Transaksi (Transaksi Lani)

2. Currency Futures (Transaksi Hadapan Mata Wang) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia

3. Currency Options (Transaksi Opsyen) – Tidak mematuhi syarak & tidak pernah dilakukan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia

CIRI-CIRI TRANSAKSI FOREX OLEH INSTITUSI KEWANGAN BERDAFTAR DENGAN BANK NEGARA MALAYSIA

1. Institusi Kewangan Islam dikawal selia mengikut syarak

2. Ada badan syariah yang memastikan transaksi mengikut syarak

CIRI-CIRI TRANSAKSI FOREX OLEH INDIVIDU (ONLINE FOREX)

1.Bukan daripada Malaysia, daripada luar negara, buka platform untuk transaksi tempatan

2.Kebanyakan online broker tidak betul, hanya 10% je yang betul, 90% sekadar spekulasi dan tiada mata wang yang wujud untuk transaksi tersebut, jika Broker hanya melakukan spekulasi, maka HARAM

3. Periksa adakah transaksi berlaku secara tertangguh, trade hari ini dan dapat mata wang lagi 6-7 hari kemudian, maka HARAM

4. Kemudahan Margin/Leverage, modal USD100, diberi margin dan boleh berniaga USD1000, maka HARAM, Kena ada modal USD1000, baru boleh berniaga USD1000

SYARAT ONLINE FOREX YANG MESTI DIPENUHI

1.Pastikan broker adalah betul dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker ada mata wang yang hendak kita tukarkan.

2. Ada duit sepenuhnya, modal USD1000 hanya boleh berniaga USD1000 dan tidak lebih (Leverage)

3.Tiada margin terlibat

4. Spot transaksi (Transaksi lani), ada yang dibenarkan sehingga 3 hari

KESIMPULAN

Berdasarkan penerangan di atas dapat kita simpulkan tentang situasi forex di Malaysia, beberapa pandangan tentang HUKUM FOREX ONLINE DI MALAYSIA dan penjelasan tentang transaksi forex. Semoga penjelasan ini membantu anda untuk membuat keputusan tentang hukum forex di Malaysia.

1 thought on “HUKUM FOREX ONLINE DI MALAYSIA”

Leave a Comment