HARGA TERKINI BAYARAN BELAJAR LESEN MEMANDU

HARGA TERKINI BAYARAN BELAJAR LESEN MEMANDU

HARGA TERKINI BAYARAN BELAJAR LESEN MEMANDU

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.

Bagaimanapun, masih terdapat perbezaan harga membabitkan pengusaha sekolah / institut memandu di seluruh negeri. Harga siling bermaksud ianya memastikan pengguna dapat menikmati harga perkhidmatan atau barangan pada kadar yang munasabah.

Sebagai makluman, harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM350, manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.

Menerusi tinjauan harga di Institut Memandu, GCarian mendapati perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada ditetapkan adalah disebabkan beberapa caj tambahan terdapat dalam pakej perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut atau sekolah memandu terbabit.

Sebagai contoh, seperti kos operasi, sewa kenderaan, minyak, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang terbaik selain diambil kira dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skim gaji minimum.

Baca juga tentang CARA DAFTAR eBELIA IYRES SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK BELIA

HARGA TERKINI BAYARAN BELAJAR LESEN MEMANDU

Oleh kerana terdapat perbezaan kadar bayaran belajar memandu di Institut Memandu di kawasan seluruh negeri. GCarian hanya dapat memberi maklumat anggaran kadar harga sahaja melalui tinjauan harga lesen memandu (contohnya ambil Lesen P, Lesen L) yang dibuat bagi tahun 2020.

Anggaran harga lesen belajar memandu yang dinyatakan masih munasabah meskipun berbeza daripada harga siling yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

GCarian yakin, anggaran harga ini dapat membantu anda memilih institut memandu yang mengenakan Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan bagi mendapatkan lesen memandu kereta atau motosikal (memiliki lesen) pada harga berpatutan iairu sekurang-kurangnya selaras dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

HARGA BELAJAR MEMANDU

KELAS LESEN MOTOSIKAL DAN KERETA

Kelas                     Kategori

B2                           Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc

B                             Lesen motosikal melebihi 500 cc

D                             Lesen kereta transmisi manual

DA                          Lesen kereta transmisi automatik

HARGA SILING DAN ANGGARAN HARGA LESEN MOTOR BAYARAN BELAJAR MEMANDU

Harga Siling                                                         Kelas                                                                     Anggaran Harga

RM 350                                 B2 (Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc)                          RM 500

RM 900                                 B 9Lesen Motosikal Melebihi 500 cc)                                       RM 1,050

HARGA SILING DAN ANGGARAN HARGA BAYARAN BELAJAR MEMANDU LESEN KERETA

Harga Siling                                                         Kelas                                                                     Anggaran Harga

RM 1,150                             D (Lesen Kereta Transmisi Manual)                                          RM 1,250

RM 1,250                             DA (Lesen Kereta Transmisi Automatik)                                 RM 1,450

Nota

  • Harga Siling – adalah harga Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Anggaran harga –  adalah maklumat lingkungan harga munasabah sekiranya Institut Memandu mengenakan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan lebih tinggi daripada harga siling yang dinyatakan. Sekiranya harga yang dikenakan lebih tinggi daripada anggaran harga yang dinyatakan, lebih baik anda membuat tinjauan di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah.

Harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di seluruh negeri telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.

Kebiasannya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincikan pihak institusi berkenaan.

HAD UMUR KELAYAKAN BELAJAR DAPATKAN LESEN MEMANDU

Lesen                                                                                    Umur

Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc                     16 tahun dan ke atas

Lesen motosikal melebihi 500 cc                                16 tahun dan ke atas

Lesen kereta transmisi manual                                  17 tahun dan ke atas

Lesen kereta transmisi automatik                             17 tahun dan ke atas

4 thoughts on “HARGA TERKINI BAYARAN BELAJAR LESEN MEMANDU”

Leave a Comment