CARA DAPATKAN PENGESAHAN AKAUN BANK (Penyata Online & Mesin ATM)

CARA DAPATKAN PENGESAHAN AKAUN BANK (Penyata Online & Mesin ATM)

PENGESAHAN AKAUN BANK

Kepada anda yang ingin mendapatkan pengesahan akaun bank bagi sesuatu tujuan anda, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara dapatkan pengesahan akaun tersebut menerusi penyata online dan emsin ATM, semoga membantu

 

APA ITU PENGESAHAN AKAUN BANK

Bank statement adalah satu bentuk penyata yang disediakan untuk anda menyemak jumlah wang dalam bank ataupun menyemak pengaliran wang tunai anda. Penyata bank akan menjelaskan kepada anda tentang jumlah wang debit dan kredit yang masuk dan keluar dari akaun anda.

 

FUNGSI BANK STATEMENT

Berikut adalah merupakan antara fungsikan penyata bank ini:

  • Menyemak aktiviti transaksi perbankan anda.
  • Membantu anda melihat dan mengawal aktiviti akaun bank anda dengan lebih efisyen.

 

CARA DAPATKAN PENGESAHAN AKAUN BANK MAYBANK

Sekiranya anda ingin dapatkan pengesahan akaun, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Melalui ATM
    • Hadir ke ATM Maybank berhampiran anda
    • Masukkan kad Bank Maybank anda pada slot atau ruangan yang disediakan.
    • Pilih Bahasa yang anda inginkan pada skrin.
    • Masukkan nombor PIN anda dengan menggunakan keypad yang disediakan.
    • Pada menu utama, anda perlu pilih Lain-Lain Urusniaga.
    • Seterusnya klik pada Lain-Lain Perkhidmatan.
    • Pada menu berikutnya tekan dan klik pada Penyata Ringkas.
    • Setelah itu mini bank statement anda akan dicetak oleh mesin ATM Maybank.
  2. Melalui Maybank2U
    • Buka laman web rasmi Maybank di pautan maybank2u.com.my
    • Login seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password.
    • Setelah itu, anda akan masuk ke Dashboard Maybank2u, korang boleh klik bahagian Saving Account
    • Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
    • Klik menu View untuk melihat secara detail.
    • Ada pilihan untuk melihat penyata bagi 1-3 bulan. Tekan sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days. Kemudian klin view statement.
    • Yang terakhir sekali, apabila statement bank atau penyata bank keluar tekan simbol Save.
    • Setelah itu, anda bolehlah mencetak penyata bank atau e-Statement tersebut.

 

CARA DAPATKAN PENGESAHAN AKAUN CIMB BANK

Sekiranya anda ingin dapatkan pengesahan akaun, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Melalui ATM
    • Hadir ke cawangan ATM CIMB Bank berhampiran anda
    • Masukkan kad CIMB Bank anda ke dalam ruangan yang disediakan.
    • Pilih Bahasa yang anda ingin gunakan.
    • Masukkan nombor PIN anda untuk meneruskan transaksi.
    • Klik pada Perkhidmatan Penyata.
    • Klik pada Penyata Mini.
    • Kemudian klik pada Cetakan untuk mendapatkan penyata bank anda.
    • 50 akan ditolak daripada bank anda sebagai caj untuk mendapatkan bank statement anda.
  2. Melalui CIMB Clicks
    • Log masuk CIMB Clicks
    • Pilih My Accounts > Account Type SA PASSBOOK/ECOSAVE SA-i
    • Klik 3 tanda bertitik, pilih View/Download eStatement
    • Pilih bulan yang ingin Anda lihat, klik SearchCara Download Penyata Bank CIMB

 

CARA DAPATKAN PENGESAHAN AKAUN BANK ISLAM

Sekiranya anda ingin dapatkan pengesahan akaun, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Melalui ATM
    • Hadir ke cawangan ATM Bank Islam berhampiran anda
    • Masukkan kad Bank Islam dan tunggu untuk kad anda disahkan.
    • Pilih Bahasa anda.
    • Kemudian masukkan nombor PIN anda dan klik Teruskan.
    • Pada paparan berikutnya klik pada Bank Islam.
    • Seteusnya klik Khidmat Penyata.
    • Pilih Penyata Mini untuk meneruskan transaksi.
    • Klik Cetak dan selesai sudah urusan anda.
  2. Melalui Bank Islam IB
    • Lawati laman rasmi Bank Islam Internet Banking
    • Masukkan User ID dan Password Anda dengan betul.
    • Di bahagian menu, pilih My Accounts > E-Statement > Download
    • Pilih Account/Card yang ingin Anda muat turun, klik Submit.
    • Senarai akaun E-Statement Anda akan dipaparkan. Pilih dan klik pada Tarikh Penyataan tertentu untuk memuat turun Pernyataan.

 

CARA DAPATKAN PENGESAHAN AKAUNBANK BSN

Sekiranya anda ingin dapatkan pengesahan akaun, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Melalui ATM
    • Hadir ke cawangan ATM Bank BSN berhampiran anda
    • Masukkan kad Bank BSN anda dan tunggu kad anda disahkan oleh mesin ATM.
    • Pilih Bahasa yang anda inginkan dan masukkan nombor PIN anda.
    • Kemudian klik pada Penukaran Pin / Urusan Lain.
    • Seterusnya klik pada Penyata Mini dan RM0.50 akan dicaj sebagai caj bayaran.
    • Penyata bank anda akan dicetak dan selesai sudah urusan anda.
  2. Melalui myBSN
    • Log masuk https://www.mybsn.com.my
    • Masukkan Username dan Password
    • Klik Account Overview
    • Klik E-Statement
    • Klik Nama Account
    • Pilih Statement Period (tempoh) yang Anda mahu
    • Klik Download dan Print

 

ARTIKEL LAIN

PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online RHB Now)

Leave a Comment