GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN: RM 1000

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN: RM 1000 KEPADA PENIAGA & PENJAJA

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN: RM 1000

Dalam pembentangan bajet 2021, Kerajaan mendengar keluhan para peniaga dan penjaja di SABAH yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong. Dengan itu, Kerajan akan memberikan GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (SABAH) sebanyak RM1000 dan akan diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Negeri Sabah yang merupakan negeri yang paling teruk terjejas dengan pandemik Covid-19 tidak dilupakan dalam pembentangan penggulungan Belanjawan 2021.

Di bawah strategi 2:  Memperkukuh sektor-sektor tumpuan, Kerajaan menyediakan Geran Khas Prihatin Tambahan untuk beberapa golongan yang terjejas di sabah

Baca juga tentang KEMASKINI PERMOHONAN BARU BPR 2021

KADAR GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN

GKPTambahan akan diberikan kepada beberapa golongan di negeri Sabah pada kadar berikut:

  • GKP Tambahan Sabah: RM 1 000 seorang

GOLONGAN YANG LAYAK

  • Peniaga dan Penjaja
  • Pemandu teksi, e-Hailing dan Kereta Sewa
  • Pemandu Pelancong di Sabah

SEMAKAN SYARAT UMUM KELAYAKAN

  • Mempunyai lesen perniagaan yang
  • Pemohon hendaklah seorang rakyat Sabah
  • Pemohon merupakan pengeluarkan produk/memberi perkhidmatan
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai minat dan komitmen dalam perniagaan
  • Mempunyai bukti pendaftaran sebagai pemandu teksi, e-hailing dan kereta sewa
  • Syarikat dalam sektor pelancongan yang berdaftar secara sah

SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON

  • Pemohon hendahlah rakyat Negeri Sabah.
  • Usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan pelancongan.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang berdaftar dengan mana-mana agensi.

Walaubagaimanapun, GKP Tambahan ini adalah salah satu intipati dalam Belanjawan 2021. Tawaran permohonan dan golongan yang layak mungkin akan dibuka pada tahun hadapan. Tarikh permohonan masih belum diumumkan. Sebarang maklumat lanjut akan menyusul apabila terdapat pemberitahuan baharu nanti.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI PRIHATIN SABAH RM300

Rakyat negeri Sabah kini boleh menyemak status kelayakan mereka bagi penerimaan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut

Bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian. Anda hanya perlu membuat semakan sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan tunai b erjumlah Rm300 tersebut.

Klik pautan dibawah untuk semak kelayakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah:

SEMAKAN ONLINE STATUS BANTUAN TUNAI PRIHATIN COVID-19 SABAH

2 thoughts on “GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN: RM 1000”

  1. saya sebagi usahawan tidak dpt rm1 k walaupun saya sudah mendaftar sebagi iks
    Note :ramai iks tidak dpt bantuan rm1 k perhatian harus di ambil untuk membantu kepada kami yg memerlukan bantuan tambahan akibat masala penyakit coivd19 terima kasih atas keperhatian anda amat kami hargai

    Reply

Leave a Comment