ePENJANA: SEBAB GAGAL TEBUS KREDIT RM50

ePENJANA: SEBAB GAGAL TEBUS KREDIT RM50

ePENJANA: SEBAB GAGAL TEBUS KREDIT RM50

Kerajaan Malaysia tidak ketinggalan dalam menongkah arus modenisasi dan terus berdiri seiring dengan negara maju lain. Dengan mengenalpasti bahawa teknologi digital adalah tonggak utama kemajuan zaman akan datang, pelbagai inisiatif telah diambil antaranya peralihan daripada siaran analog ke siaran siaran digital yang dikenali sebagai MYTV. Justeru, kerajaan telah mengumumkan pula program e-Tunai Rakyat iaitu pemberian wang secara terus ke e-dompet (e-wallet) rakyat Malaysia yang layak

Pengenalan e-Tunai Rakyat ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang telah diumumkan pada Belanjawan 2020 yang lalu. Ianya bertujuan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet serta pembayaran secara digital dalam kalangan pengguna dan juga para pedagang tempatan terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit. Ini sekaligus dapat mengurangkan halangan akses kepada teknologi digital dan membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara dengan masyarakat dan ekonomi digital yang maju

Khazanah Nasional Berhad telah dipilih untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif ini dengan kerjasama bersama Jabatan Pendaftaran Negara serta Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN) Ini bagi memastikan program dapat dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi pengguna. Justeru Khazanah bertanggungjawab dalam pemilihan pengendali perkhidmatan e-dompet iaitu platform yang telah sedia ada di Malaysia yang sesuai untuk digunapakai

Pada 20 Disember 2019, Khazanah telah mengumumkan tiga pengendali perkhidmatan e-dompet yang telah dipilih bagi program e-Tunai Rakyat. Ianya adalah Boost, Grabpay dan Touch ‘n Go eWallet. Pemilihan telah dibuat berdasarkan jumlah pengguna aktif yang besar, jumlah pedagang yang banyak bagi memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna, kepakaran teknikal dan kekuatan struktur kewangan serta sumber manusia platform untuk menampung jumlah transaksi yang besar dalam masa singkat, dan juga e-dompet yang telah melabur secara signifikan dalam servis yang ditawarkan di Malaysia

Baca juga tentang SENARAI KOD TIDAK LULUS BSH 2020

ePENJANA: SEBAB GAGAL TEBUS KREDIT RM50

Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kegagalan menebus kredit RM50 ePenjana

  1. Belum memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera
  2. Sila Klik https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/?locale=ms_MY  untuk daftar MySejahtera
  • Nama yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera dan aplikasi ePenjana tidak sama dengan Nama Kad Pengenalan (IC).
  • Aplikasi ePenjana tidak melepasi peringkat pengesahan identiti (Account Verification). Sila sahkan identiti di bahagian ‘Setting’ aplikasi
  • Pendapatan tahunan melebihi RM100,000

Cara Tukar/ Kemaskini Nama atau No. IC di Aplikasi MySejahtera

Langkah 1 : Pastikan MySejahtera dinaiktaraf kepada versi terkini, buka aplikasi dan klik ‘Profil’

Langkah 2 : Klik ‘Butiran Peribadi Saya’

Langkah 3 : Ubah nama atau no. IC

Langkah 4 : Klik Simpan

2 thoughts on “ePENJANA: SEBAB GAGAL TEBUS KREDIT RM50”

Leave a Comment