CARA TAMBAH KAD KE APPLE WALLET GUNA IPHONE (Kad Maybank & Ambank)

CARA TAMBAH KAD KE APPLE WALLET GUNA IPHONE (Kad Maybank & Ambank)

TAMBAH KAD APPLE WALLET

Adakah anda pengguna produk APPLE? Kni Apple telah memperkenalkan satu eWallet yang dikenali sebagai Apple Pay. Disini kami akan kongsikan cara penggunaan dan pengaktifan serta cara untuk tambahkan kad dalam Apple Pay, semoga membantu.

 

APA ITU APPLE PAY WALLET

Apple Pay ialah sebuah perkhidmatan eWallet yang ditawarkan Apple di mana pengguna boleh membuat pembayaran secara tap atau sentuh peranti Apple mereka pada terminal. Ianya mempuyai  ciri keselamatan seperti Face ID dan Touch ID.

 

CARA APPLE PAY BERFUNGSI

Berikut adalah cara ewallet ini berfungsi:

  • Kemudahan ini dapat digunakan kerana anda telah memasukkkan data kad debit atau kredit anda dalam aplikasi Wallet.
  • Dengan sama menggunakan teknologi NFC seperti kad, iPhone atau peranti Apple tadi berfungsi sebagai pengganti kad.
  • Bukan hanya di kedai fizikal, tetapi platform dalam talian juga menyokong pembayaran Apple Pay. Contohnya, Shopee sudah menyenaraikan Apple Pay sebagai salah satu kaedah pembayaran.

 

CARA AKTIFKAN APPLE PAY

Berikut adalah cara pengaktifan eWallet ini:

  • Aplikasi Wallet ini telah dipasang (installed) dalam iPhone dan juga pengguna tidak boleh dinyahpasang (uninstall).
  • Sebagai pengguna kali pertama, anda dikehendaki untuk masukkan maklumat kad debit/kredit anda ke dalam aplikasi Wallet ini.
  • Buka aplikasi Wallet ini daripada iPhone anda.
  • Kemudian tekan tanda tambah + di hujung atas kanan. Tekan ‘Continue’.
  • Imbas kad debit/kredit anda seperti arahan diberikan atau masukkan maklumat secara manual dengan menaip.
  • Pilih bagaimana mahu mengesahkan kepada bank bahawa anda menambah kad pada Wallet.
  • Anda akan menerima arahan daripada pihak bank seperti melalui SMS atau panggilan untuk mengesahkan pautan antara kad dan peranti. Ikut saja arahan selanjutnya.\

Nota: Sekiranya anda mempunyai Apple Watch, maka aplikasi akan bertanya sekiranya anda ingin tambah pada apple watch tersebut.

 

CARA TAMBAH KAD BANK DALAM APPLE WALLET GUNA IPHONE

Sekiranya anda ingin tambahkan kad bank anda dalam akaun Apple Pay anda, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Apple Wallet pada iPhone anda.
  2. Seterusnya, pada penjuru atas kanan, tap pada ikon tambah, “+”.
  3. Sebaik sahaja selepas itu, pilih sama ada anda ingin menambah kad kredit atau debit.
  4. Seterusnya, tekan “Continue”, dan pilih sama ada ingin memasukkan maklumat kad secara manual, atau hanya dengan mengimbas kad menggunakan kamera.
  5. Bank akan menghantar pengesahan OTP, dan selepas itu, anda akan selesai menambah kad pembayaran anda ke Apple Wallet.
  6. Selepas ia disahkan, anda sudah boleh menggunakan iPhone atau Apple Watch dalam melakukan pembayaran di sebarang terminal yang menyokongnya.

Nota: Pada masa kini hanya kad bank Maybank dan Ambank yang boleh diaktifkan, sementara beberapa kad keluaran bank lain masih belum aktif sepenuhnya.

 

CARA BAYAR GUNA APPLE PAY GUNA IPHONE

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran menggunakan eWallet ini:

  1. Tekan butang kuasa (power button) dua kali.
  2. Telefon akan imbas wajah (Face ID) atau jari anda (Touch ID) untuk sahkan anda yang melakukan pembayaran.
  3. Dalam masa 60 saat, letakkan atau tap telefon pada terminal pembayaran.

 

CARA BAYAR GUNA APPLE PAY GUNA APPLE WATCH

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran menggunakan eWallet ini:

  1. Pastikan Apple Watch anda telah di link kan semasa tambah kad bank anda
  2. Setkan paparan kad bank anda pada Apple Watch
  3. Tekan butang kuasa (power button) dua kali.
  4. Setelah sedia diletakkan pada terminal pembayaran.
  5. Selesai, notification pembayaran akan tertera pada iPhone anda

 

SOALAN LAZIM (FAQ) APPLE PAY

Selamatkah membuat pembayaran guna ApplePay?

  • ApplePay masih memerlukan pengesahan daripada anda. Contohnya, melalui Face ID dan Touch ID. Menurut Apple, syarikat itu tidak simpan mahupun berkongsi nombor kad anda dalam pelayan mereka atau pada pekedai.

Adakah semua peranti Apple boleh guna untuk ApplePay?

  • Peranti yang boleh digunakan ialah iPhone 6 hingga yang terkini, semua Apple Watch, Mac dengan Touch ID, Mac yang diperkenal selepas 2012 yang sokong ApplePay dengan iPhone atau Apple Watch dan Mac dengan cip silikon Apple yang disambungkan dengan Magic Keyboard yang ada Touch ID.

Berapakah limit penggunaan Apple Pay?

  • Tiada limit, ianya bergantung kepada baki dalam akaun bank anda. Pastikan mencukupi untuk membuat pembayaran kerana ia ditolak dari wang yang ada pada dalam akaun.

Adakah semua kedai boleh menggunakan Apple Pay?

  • Hanya kedai yang mempunyai terminal pay wave sahaja yang menyokong pembayaran menggunakan Apple Pay

Kenapa tak boleh tambah kad Bank pada Apple Pay?

  • Pada masa kini hanya Maybank, Ambsnk dan StanChart sahaja yang boleh ditambah. Bagi kad bank lain masih lagi belum diaktifkan sepenuhnya

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ApplePay ini, anda boleh melayari website rasmi Apple di pautan https://www.apple.com/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT TEMUJANJI & LOKASI AASP APPLE SELURUH MALAYSIA (Tempat Tukar Baiki iPhone)

 

Leave a Comment