PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG(BPP)

PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP)

BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP)

Kepada warga penduduk negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang kini telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2024 kepada golongan yang terlibat. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) melibatkan peruntukkan sebanyak RM30 juta  ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah emapt kluster utama yang akan diagihkan kepada warga negeri Pahang merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.

Dengan pemberian bantuan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka yang berkelayakan bagi menempuh era baru agar dapat mengapai cita-cita untuk berjaya pada masa akan datang.

 

KATAGORI PENERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Bantuan ini disalurkan meliputi  4 katagori penerima bantuan iaitu:

  1. Pelajar dan anak muda
    • Merangkumi pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti dan politeknik serta anak muda 18 tahun hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga.
  2. Kumpulan B40
    • Terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi
  3. Umum
    • Meliputi penerima di kampung tradisi peneroka, Orang Asli, penjaja harian, serta pengusaha bot dan pemandu pelancong
  4. Apresiasi
    • Meliputi veteran tentera dan polis

 

KADAR BAYARAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Berikut adalah merupakan kadar bayaran bantuan Prihatin Pahang yang disalurkan mengikut katagori:

  • RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.
  • RM200 – untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.
  • RM300 – untuk penggiat di media sosial seperti blogger, influence, youtuber
  • RM 50 (Sekotak) – Kotak Aidilfitri kepada penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli dengan keseluruhan lebih 160,000 kotak.

 

TARIKH BAYARAN BANTUANPRIHATIN PAHANG

Kepada penerima yang berkelayakan, tarikh bayaran bantuan ini akan bermula pada April hingga Julai 2022.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Pahang 2022, sila layari Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang di pautan https://www.pahang.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

eRAKYAT PAHANG(Permohonan & Semakan Sistem e-Rakyat)

 

3 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG(BPP)”

Leave a Comment