DUIT PSU:BILA BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH MASUK BANK?

DUIT PSU:BILA BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH MASUK BANK?

DUIT PSU

Program program subsidi upah psu diwujudkan untuk membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus dengan memberikan bantuan kewangan segera kepada setiap pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dapat dikekalkan.

Mesti tertanya-tanya kan bila duit bayaran PSU masuk. Di sini ingin kami kongsikan mengenai cara bayaran dan semakan bayaran PSU 4.0

 

APA ITU PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

BANTUAN SUBSIDI UPAH PERKESO PSU 4.0 (PEMULIH)

Kerajaan malaysia baru sahaja melancarkan Program Subsidi Upah versi yang terbaru dan terkini di bawah pakej Pemulih 2021 iaitu psu 4.0 / wsp 4.0. Butirannya seperti di bawah:

  1. Bantuan subsidi kerajaan untuk majikan sebanyak RM600 sebulan adalah untuk maksimum 200 pekerja untuk setiap syarikat yang menerima gaji tidak leboh RM4000 sebulan
  2. Bantuan majikan dari perkeso hanya layak diberikan jika pekerja yang sedia ada dikekalkan
  3. Jumlah bantuan psu 4.0 kali ini adalah RM600 sebulan sahaja untuk setiap pekerja yang kekal
  4. Maksimum bantuan yang diberikan adalah selama 4 bulan

CARA PERMOHONAN PSU 4.0

Kepada syarikat dan majikan yang belum daftar sila buat perdaftaran dan permohonan baru program subsidi upah psu 4.0 seperti berikut:

  1. Layari pautan: https://psu.perkeso.gov.my
  2. Klik pada Permohonan
  3. Seterusnya pada borang permohonan pilih Sektor dan pilih pada Tidak pernah daftar.
  4. Masukkan Negeri anda dan Kod Majikan
  5. Klik seterusnya.
  6. Isi kan maklumat yang diminta untuk lengkapkan proses pendaftaran anda

Nota: Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2021

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Seperti pada permohonan yang lepas, ini adalah dokumen yang diperlukan:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank
  • sahaja);
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
  • Akuan Pengisytiharan PSU.

SEMAKAN PSU 4.0

Kepada syarikat dan majikan yang ingin membuat semakan permohonan PSU, berikut adalah cara membuat semkan:

  1. Layari pautan: https://psu.perkeso.gov.my
  2. Klik pada Semakan
  3. Kemudia pilih pada pilihan semakan (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0, PSU 4.0-akan dikemaskini)
  4. Masukan No Rujukan PSU dan Email yang telah didaftarkan. Klik Seterusnya
  5. Paparan semakan permohonan akan terpapar.

TARIKH BAYARAN DUIT PSU 4.0

Pembayaran kadar RM600 ini akan dibuat selama tempoh empat bulan, iaitu:

  • 2 bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan
  • 2 bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU telah diterima, diluluskan atau ditolak?

  • Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU?

Ya, majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang info semasa boleh layari web rasmi Perkeso . https://www.perkeso.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

Jom buat  UJIAN DASS  (Saringan Kesihatan Mental KKM)

Leave a Comment