DOKUMEN SOKONGAN BKM (Bagi Permohonan Baru/Semula)

DOKUMEN SOKONGAN BKM (Bagi Permohonan Baru/Semula)

DOKUMEN SOKONGAN BKM

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Bagi  yang ingin membuat permohonan baru BKM2022 dokumen sokongan diperlukan bagi memudahkan urusan. Dokumen diperlukan bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Disebabkan itu, sebelum membuat permohonan Bantuan Keluarga malaysia 2022, sila pastikan semua dokumen yang dinyatakan ini telah tersedia, semoga membantu

 

KADAR BAYARAN BKM

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

Kategori Bantuan

 

Pendapatan

 

Bilangan Anak / Nilai Bantuan
01-2≥3
Isi Rumah

 

RM2,500 dan ke bawahRM1,000RM1,500RM2,000

 

RM2,501 – RM5,000RM400RM600RM800

 

Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawah

 

RM600
BujangRM2,500 dan ke bawahRM350

 

 

CARA SEMAKAN BKM ONLINE

Berikut adalah membuat semakan status BKM anda:

  1. Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak

 

TARIKH PEMBAYARAN BKM

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

 

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BKM 2022

Bagi dokumen sokongan ini dibahagikan kepada 3 iaitu, pemohon,pasangan dan anak. Berikut adalah merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Dokumen Pemohon
    • Salinan sijil perkahwinan.
    • Salinan sijil kematian pasangan.
    • Salinan sijil perceraian
    • salinan sijil dekri nisi
  2. Dokumen Pasangan
    • Salinan kad pengenalan pasangan (mykad/ MyPR / MyKAs)
    • Salinan pasport/ visa/ UNCHR/ Pasa Sempadan atau KP Lama ataupun sijil lahir.
  3. Dokumen Anak
    • Jika anak kandung – Salinan mykd /mykid sijil lahir.
    • Jika anak angkat – Salinan mykd/mykid dan salinan sijil daftar anak angkat.

NOTA: Setelah dokumen ini telah lengkap, bolehlah mula LOGIN BKM 2022 untuk membuat permohonan atau semakan dan kemaskini permohonan

 

SOALAN LAZIM BKM

 

Jika akaun bank dalam sistem BKM salah/ tidak aktif , bagaimana cara pembayaran?

Jika akaun bank salah/ atau tidak aktif. Pembayaran akan gagal. Dan kaedah secara tunai pembayaran akan digunakan.

 

Bagaimana cara pembayaran BKM?

Secara kredit terus ke akaun dan secara tunai.

 

Bilakah tarikh tutup pengemaskinian/permohonan BKM?

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BKM 2022 adalah pada 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

ARTIKEL LAIN

BKM 2022 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan

 

 

1 thought on “DOKUMEN SOKONGAN BKM (Bagi Permohonan Baru/Semula)”

Leave a Comment