DIVIDEN TABUNG HAJI 2024(SEMAKAN HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2023)

DIVIDEN TABUNG HAJI 2024(SEMAKAN HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2023)

DIVIDEN TABUNG HAJI

Kepada umat Islam di Malaysia yang menabung di Tabung Haji,anda sedang tunggu tarikh pengumuman dan kadar peratus bonus Tabung Haji 2023? Disini kami akan kongsikannya, semoga membantu.

 

KADAR DIVIDEN TABUNG HAJI 2022

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

 

PENDEPOSIT TIDAK PERLU BAYAR ZAKAT LAGI SETELAH MENERIMA DIVIDEN TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.10 peratus yang akan memberi manfaat kepada pendepositnya bagi Tahun Kewangan 2022.

Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara

 

CARA PENGIRAAN 

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2023 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu (kadar dividen) bagi tahun 2022.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

  • Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x (kadar dividen tahun 2022) = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x (kadar dividen tahun 2022)

 

SEMAKAN HIBAH (DIVIDEN) TABUNG HAJI 

Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB. Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing pada (akan dikemaskini)

Cara membuat semakan dividen Tabung Haji:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

  • Telefon : +603 – 6207 1919
  • Faks : +603 – 7728 4959
  • Emel : [email protected]
  • SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990 *setiap jawapan akan dicaj RM0.50
  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang (Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NO AKAUN TABUNG HAJI: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

2 thoughts on “DIVIDEN TABUNG HAJI 2024(SEMAKAN HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2023)”

Leave a Comment