SENARAI TOL PERCUMA & DISKAUN 50% SEMPENA HARI RAYA 2022
Berita baik kepada pengguna lebuhraya yang ingin pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri pada 3 Mei ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.
SEDIKIT PENERANAGAN PEMBERIAN TOL PERCUMA & DISKAUN
Pemberian tol percuma melibatkan lebuhraya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Permberian ini juga melibatkan tol percuma di Lebuh Raya Utara Selatan dan LPT kepada semua kelas kenderaan. Sementara itu, tawaran diskaun antara 30% dan 50% akan diberikan kepada lebuhraya-lebuhraya lain ada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.
TARIKH BERMULA TOL PERCUMA & DISKAUN
Pengguna boleh menikmati tol percuma dan diskaun yang ditetapkan kepada semua kelas kenderaan berdasarkan lebuh raya yang terlibat seperti berikut
- Mulai 30 April 2022 (12.00 tengah malam) hingga 1 Mei 2022 (11.59 malam)
- Mulai 7 Mei (Sabtu) mulai 12.00 tengah malam – 8 Mei (Ahad) 11.59 malam
SENARAI LEBUHRAYA TOL PERCUMA & DISKAUN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah merupakan senarai lebuhraya yang terlibat dalam tawaran tol percuma dan diskaun sehingga 50%.
SENARAI LEBUHRAYA | ||
TOL PERCUMA | DISKAUN 50% | DISKAUN 30% |
· ELITE · SPDH · BKE · LINKEDUA · JPP · LPT1 · LPT2 · KLK
| · KESAS · LDP · GRANDSAGA · BESRAYA · NPE · AKLEH · MEX · DUKE
| · SMART · GUTHRIE · LATAR · LLB · LKSA · SILK · JPP2 · SKVE · SPRINT · LEKAS · GRAND SEPADU · SDE · WCE
|
PERANCANGAN PERJALANAN
Walaupun kerajaan telah mengumumkan pemberian tol percuma & diskaun, sebagai pengguna anda haruslah merancang perjalanan anda bagi menggelakkan kesesakan lalu lintas semasa pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini.
Anda boleh merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung Aidilfitri PLUS 2022 di website rasmi PLUS
Tujuan TTA
- TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.
- Ia direka berdasarkan pola perjalanan trafik daripada musim perayaan dan cuti panjang yang lalu sebagai panduan dan membantu pelanggan lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan sebaik mungkin semasa tempoh musim perayaan akan datang, di mana lebih daripada 2 juta kenderaan dijangka melakukan perjalanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
ARTIKEL LAIN
CARA TOPUP KAD TOUCH ‘n GO BARU NFC (Tambah Nilai Online)
CARA LINK RFID TnG eWALLET (Register Lebih 1 Kereta)
RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)
CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCH n GO SECARA ONLINE (Rosak Hilang Expired)