DISKAUN SAMAN JPJ: PENGURANGAN SAMAN 70% MULAI 13 APRIL-11 JUN 2021

DISKAUN SAMAN JPJ: PENGURANGAN SAMAN 70% MULAI 13 APRIL-11 JUN 2021

DISKAUN SAMAN JPJ

Pengguna jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda kini boleh membayar saman dengan menikmati 70% diskaun mulai 13 April 2021.

JPJ menjelaskan bahawa diskaun penguruangan saman ini diberikan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun pada tahun ini.

Untuk makluman, JPJ merupakan merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1937.

Tujuan penubuhan JPJ adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhemah dan mempunyai kenderaan yang selamat.

Baca juga tentang PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA: CARA PERMOHONAN INSENTIF PERANTIS BARU RM800 MULAI APRIL 2021

DISKAUN SAMAN JPJ 70% (2021)

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

TARIKH DISKAUN

  • Diskaun 70% ditawarkan kepada orang ramai mulai 13 April hingga 11 Jun 2021.

TERMA & SYARAT

Tawaran pengurangan saman JPj 70% ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • iv Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

CARA BAYAR SAMAN

Untuk pembayaran saman, orang ramai boleh membayar saman JPJ sama ada di:

  • Pejabat JPJ atau JPJ cawangan
  • Urban Transformation Centre (UTC)
  • Kiosk JPS
  • Portal JPJ

PORTAL JPJ MYSIKAP

Pihak JPJ menyeru orang awam untuk membayar saman JPJ di Portal JPJ mySIKAP bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di Pejabat JPJ, UTC atau kiosk JPJ.

Terdapat banyak manfaat Portal JPJ mySIKAP kepada orang ramai selain daripada pembayaran saman adalah seperti berikut:

DISKAUN SAMAN JPJ

Untuk mendaftar dan mengaktifkan Portal JPJ mySIKAP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Ketahui juga tentang PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1 000 UNTUK WANITA

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang diskaun dan tawaran pengurangan saman JPJ bagi tahun 2021, sila pastikan anda sentiasa mengikuti medium Jabatan Pengangkutan Jalan melalui medium berikut:

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui :

  • Hotline JPJ : 03 8000 8000
  • Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

Leave a Comment