DANA BANTUAN KASIH NIAGA: SYARAT DAN CARA PERMOHONAN DANA BANTUAN SEHINGGA RM1,000 BAGI USAHAWAN MIKRO DAN PKS

Kepada Usahawan Mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka kini boleh memohon bantuan terbaharu daripada Kerajaan Negeri Melaka berbentuk pembiyaan geran iaitu Dana Bantuan KasihNiaga.
Ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan agar lebih berdaya saing dan maju.
Melalui Dana Bantuan KasihNiaga, usahawan yang layak akan menerima bantuan pembiayaan berbentuk geran sehingga RM1,000 bagi tujuan perniagaan mereka.
Untuk makluman, kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan dana bantuan ini yang akan memberikan manfaat kepada 1000 orang usahawan di negeri tersebut.
Baca juga tentang eWALLET RM150 PROGRAM eBELIA PEMERKASA: CARA PENEBUSAN KREDIT eWALLET RM150
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
Pembiayaan yang boleh dipohon menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga adalah seperti berikut:
- Pembiayaan mesin dan peralatan perniagaan
- Khidmat rundingan dan pembangunan produk
- Promosi dan pemasaran
- Pembiayan bahan mentah
- Modal kerja
JENIS PERNIAGAAN
Semua perniagaan layak memohon Dana Bantuan Kasih Niaga kecuali:
- Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
- Institusi kewangan/pinjaman wang
- Multi-level marketing
- Ejen jualan/wakil penjual/dropship
- Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik
SYARAT KELAYAKAN
Usahawan yang ingin memohon Dana Bantuan Kasih Niaga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia.
- Perniagaan pemohon hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau Sijil Amalan Professional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
- Pemohon mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan bagi penjaja atau peniaga kecil.
- Perniagaan beroperasi dan beralamat di Melaka.
- Perniagaan adalah Mikro atau jualan tahunan kurang atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
- Perniagaan yang dijalankan sepenuh masa sahaja.
TARIKH PERMOHONAN DANA BANTUAN KASIH NIAGA MELAKA
Permohonan bagi Dana Bantuan Kasih Niaga telah dibuka mulai 22 Mac 2021 dan akan berakhir pada 22 April 2021.
CARA PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan iaitu http://duyong.000webhostapp.com/borang/DANANIAGA.pdf
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah yang berdekatan:
Pejabat Daerah | Alamat |
Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah | Aras Bawah & Aras 1 Bangunan Wisma Negeri Jalan Wisma Negeri, Kompleks MITC 75450 Melaka. |
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin | Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, 77000 Jasin, Melaka. |
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah | Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah 78000 Alor Gajah, Melaka. |
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan Lesen Perniagaan atau Pendaftaran SSM
- Salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatan (mana yang berkaitan)
- Gambar perniagaan
- Salinan perjanjian sewa
- Bil utiliti atau resit pembayaran
Nota:
- Untuk salinan Kad Pengenalan dan salinan Lesen Perniagaan atau pendaftaran SSM, setiap helaian mestilah telah disahkan oleh pegawai yang layak (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kempung/ Pengerusi JKK).
- Bagi salinan penyata kewangan/akaun bank atau penyata pendapatanm salinan tersebut mesti mendapat pengesahan daripada pegawai bank.
Ketahui juga tenatng BAYARAN iSINAR BULAN APRIL: SEMAK TARIKH BAYARAN iSINAR
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dana Bantuan Kasih Niaga, sila hubungi Pebajat Daerah masing-masing:
- Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah: 06-333 3333
- Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: 06-529 8101
- Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: 06-559 1229