NO HOTLINE AADK 24 JAM (Cara Buat Aduan Aktiviti Penagihan Di Kawasan Anda)

NO HOTLINE AADK 24 JAM (Cara Buat Aduan Aktiviti Penagihan Di Kawasan Anda)

NO HOTLINE AADK

Sekiranya anda ingin melaporkan kejadian penagihan yang terdapat di kawasan sekitar anda, kini anda boleh melaporkan kepada Pusat Gerakan Hotline (PGH) menerusi talian hotline yang tersedia. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pelaporan penagihan menerusi no hotline AADK, semoga membantu.

 

APA ITU PGH

Pusat Gerakan Hotline (PGH) di Ibu Pejabat AADK ditubuhkan pada 28 Disember 2018 bagi tujuan mewujudkan saluran utama untuk orang awam menyalurkan PERTANYAAN, CADANGAN, ADUAN serta KHIDMAT NASIHAT berkaitan permasalahan dadah. PGH beroperasi untuk menerima dan memberi maklumbalas kepada pelanggan adalah 24 jam dan 7 hari seminggu (termasuk hari cuti umum).

Cawangan Aduan & Risikan, Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan Ibu Pejabat bertanggungjawab mengawal selia, mentadbir urus Pusat Gerakan Hotline.

 

NO HOTLINE AADK (24 Jam)

Talian telefon yang telah disediakan khusus oleh pihak jabatan meliputi talian tetap dan talian mudah alih untuk kemudahan pelanggan yang diselia dan ditadbir di peringkat Pusat Gerakan (Ibu Pejabat).

  • Talian Tetap: 1800-22-2235
  • Talian Mudah Alih/Whatsapp: 019 – 6262233

 

PETUGAS HOTLINE Agensi Antidadah Kebangsaan

Semua pegawai agensi (meliputi semua skim perkhidmatan di AADK) yang telah dilantik sebagai Petugas Pusat Gerakan atau Bilik Gerakan.

 

CARA BUAT ADUAN PENAGIHAN AADK

Sekiranya anda ingin aduan atau melaporkan kegiatan penagihan di kawasan anda, berikut adlaah merupakan caranya:

Menerusi webiste

  • Layari pautan Aduan Permasalahan Dadah https://www.adk.gov.my/penguatkuasaan/aduan-permasalahan-dadah/
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan klik pada Hantar Aduan

Menerusi Talian Hotline

  • Talian Tetap
    • Hubungi no 1800-22-2235
    • Maklumkan kepada pegawai bertugas tersebut tentang aktiviti penagihan di kawasan anda
    • Berikan segala maklumat yang diperlukan oleh pegawai bertugas tersebut
  • Whatsapp
    • Hantarkan wasap anda ke no 019 – 6262233
    • Nyatakan tentang aktiviti penagihan di kawasan anda
    • Berikan segala maklumat yang diperlukan oleh pegawai bertugas tersebut

 

PROSEDER TANGKAPAN AADK

Untuk mengetahui prosuder pelaksanaan tangkapan penagihan, anda boleh merujuk pada soalan lazim di bawah:

Jika saya membuat aduan, bolehkah anak saya terus dimasukkan ke Pusat Pemulihan (PUSPEN) sehingga beliau tamat proses pemulihan? Saya bimbang sekiranya anak saya ditahan dan kemudian dilepaskan keesokan harinya dia akan mengamuk dan marah kepada saya serta ahli keluarga yang lain.

  • Berdasarkan peruntukan undang-undang, arahan bagi seseorang dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan (PUSPEN) atau menjalani rawatan pemulihan dalam komuniti adalah di bawah bidang kuasa pihak mahkamah dengan syor pegawai AADK. Pihak AADK juga perlu menjalankan beberapa proses sebelum membawa seseorang yang disyaki sebagai penagih ke mahkamah. Pihak AADK perlu mendapatkan keputusan ujian dadah dalam air kencing dari makmal patologi dan pengesahan dari doktor perubatan bahawa orang tersebut adalah seorang penagih dadah sebelum orang tersebut dibawa ke mahkamah. Proses ini mungkin memakan masa 2 minggu atau lebih bergantung kepada jenis dadah yang diambil. Sebelum keputusan makmal diperolehi orang itu boleh di beri jamin oleh pegawai AADK.
  • Sekiranya orang yang diadukan mengamuk atau mengancam keselamatan, pihak tuan/puan boleh terus menghubungi pihak PDRM untuk tindakan segera.

 

PROSEDER TANGKAPAN AADK(SOALAN)

Keluarga saya telah membuat aduan berkenaan salah seorang ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah. Walaubagaimanapun selepas ditahan reman, dia kembali ke rumah selepas 14 hari. Kenapa dia hanya ditahan selama 14 hari sahaja?

  • Berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang disyaki sebagai penagih dadah boleh ditahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dalam tempoh 24 jam bagi tujuan perlaksanaan ujian saringan dadah dalam air kencing. Sementara menunggu pengesahan dadah dalam air kencing oleh makmal patologi orang tersebut boleh di tahan reman sehingga tempoh 14 hari.
  • Seseorang itu terpaksa dilepaskan selepas tempoh 14 hari kerana AADK tidak boleh menahan seseorang lebih dari tempoh tersebut. Jika keputusan ujian makmal patologi masih belum diperolehi dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak AADK akan memberi jamin pegawai kepada orang tersebut. Tanggapan orang ramai bahawa AADK melepaskan kes-kes selepas ditahan adalah tidak tepat. Ini adalah kerana apabila keputusan patologi tidak diperolehi dalam tempoh reman, mereka ini perlu dilepaskan. Walau bagaimanapun kes mereka masih lagi berjalan sehingga laporan makmal patologi diperolehi. Jika laporan makmal menunjukkan mereka positif dadah dan pegawai perubatan mengesahkan mereka sebagai penagih dadah, mereka masih perlu hadir ke mahkamah mengikut tarikh yang telah diberikan bagi tujuan mendapatkan perintah (masuk ke pusat pemulihan atau pengawasan dalam komuniti).

PROSEDER TANGKAPAN (SOALAN)

Salah seorang ahli keluarga saya merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK. Saya dapati bahawa dia masih terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Bolehkah dia ditempatkan di mana-mana Pusat Pemulihan (PUSPEN) semula?

  • Berdasarkan peruntukan undang-undang, Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah seliaan AADK perlu mematuhi syarat-syarat pengawasan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Sebarang aktiviti yang menyalahi mana-mana enam (6) syarat yang ditetapkan boleh ditafsirkan sebagai melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(2) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983. Pihak AADK akan menyiasat pelanggaran tersebut sebelum kes tersebut dituduh di Mahkamah. Jika sabit kesalahan seseorang itu(OKP) boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 iaitu dipenjara tidak melebihi tempoh 3 tahun, atau sebatan tidak melebihi 3 sebatan atau kedua-duanya sekali.
  • OKP yang masih di dalam pengawasan AADK tidak boleh dimasukkan semula ke dalam Pusat Pemulihan (PUSPEN)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AADK, anda boleh layari website rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN SYARIE PERCUMA MAIS

Leave a Comment