AKAUN SURIA BANK MUAMALAT (Cara Buka Semak Keputusan & Tarikh Cabutan)

AKAUN SURIA BANK MUAMALAT (Cara Buka Semak Keputusan & Tarikh Cabutan)

AKAUN SURIA

Terkini Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Akaun Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (SURIA) yang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1 juta. Disini kami akan kongsikan cara buka akaun surian dan juga tarikh kempen, semoga membantu.

 

APA ITU AKAUN SURIA

Kempen Akuan Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (SURIA) dilancarkan selaras dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dan melabur dalam kalangan masyarakat. Melalui simpanan dan pelaburan, pelanggan dapat membentuk jaringan keselamatan untuk mengharungi sebarang ketidaktentuan ekonomi. Bank Muamalat menggalakkan pelanggannya melabur secara aktif dan konsisten bagi memenuhi komitmen kewangan mereka

 

TEMPOH KEMPEN AKAUN SURIA

Tempoh kempen SURIA akan bermula dari 1 Ogos 2022 hingga 31 Januari 2023.

 

TAWARAN HADIAH KEMPEN AKAUN SURIA

Sepanjang tempoh kempen, Bank Muamalat menawarkan 1,242 hadiah dengan nilai keseluruhan RM1.74 juta.

 

KELAYAKAN KEMPEN AKAUNSURIA

Kempen ini adalah terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada bagi produk Akuan Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (SURIA) BMMB di bawah kategori berikut:

Kategori Jenis Akaun yang Layak
Individu berumur 18 tahun dan ke atas  (Pemastautin & Bukan Pemastautin)Individu / Akaun Bersama*

 

* Untuk akaun bersama, pelanggan yang layak adalah pemegang akaun utama sahaja.

Individu dan/atau organisasi berikut adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai kempen ini:-

  • Bukan Individu termasuk Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan/ Sekolah/ Pemilikan Tunggal/ Perkongsian / Pemegang akaun Korporat dan Komersil (iaitu Syarikat Tersenarai Awam, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Syarikat Multi-nasional, Koperasi dan sebagainya);
  • Kakitangan tetap dan/atau kontrak BMMB dan Muamalat Invest Sdn Bhd (MISB);
  • Ahli keluarga terdekat (iaitu ibu bapa/suami/isteri/anak/adik-beradik) kakitangan BMMB dan MISB;
  • Individu di bawah usia 18 tahun.

 

CARA BUKA AKAUN SURIA

Berikut adalah merupakan cara buka akuan SURIA mengikut katagori:

Pelanggan Baharu

  1. Hadir ke cawangan Bank Muamalat yang berhampiran
  2. Akaun yang terlibat untuk Kempen ini adalah Akaun Pelaburan SURIA dengan konsep Mudarabah seperti yang dinyatakan di bawah:
    • Pelaburan permulaan: RM100
    • Baki pelaburan perlu dikekalkan dalam akaun: RM50
    • Nisbah Perkongsian Keuntungan
      • Pemegang Akaun Pelaburan (PAP): 2%
      • Bank: 98%

Pelanggan Sedia Ada

  1. Hadir ke cawangan Bank Muamalat yang berhampiran atau dengan Menghubungi BMMB “Contact Centre” (BCC) setelah menerima SMS untuk pengesahan secara lisan.
  2. Pelanggan sedia ada yang layak mempunyai pilihan berikut:-
    • Membuka Akaun Kempen yang baharu; atau
    • memberi kebenaran untuk pertukaran produk dari akaun BMMB yang sedia ada kepada Akaun Kempen baharu.

 

TARIKH CABUTAN KEMPEN AKAUNSURIA

Calon yang layak akan disenarai pendek dengan menggunakan nombor rawak kepada semua senarai penyertaan yang layak pada bulan (akan Dikemaskini) tahun 2023.

 

SEMAK KEPUTUSAN CABUTAN KEMPEN SURIA

Pemenang akan diberitahu melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon/perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)/atau mana-mana cara komunikasi lain yang dibenarkan oleh pihak BMMB. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman sesawang BMMB www.muamalat.com.my, Facebook, Instagram dan/atau surat khabar yang terpilih berdasarkan kebenaran pemenang-pemenang

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Akaun SURIA, anda boleh melayari website rasmi Bank Muamalat Malaysia Bhd 

 

ARTIKEL LAIN

i-MUAMALAT: Cara Daftar Login Online Banking (No Customer Service 24 Hours)

Leave a Comment