DAFTAR/PERMOHONAN RUMAH PRIHATIN MELAKA

Kerajaan Melaka memperkenalkan Rumah PRIHATIN bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan kediaman selesa.
Rumah PRIHATIN adalah jenama baharu kepada Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah PEDULI yang dilaksanakan sebelum ini.
EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latifah Omar, berkata ia sebagai usaha memperkasakan lagi bantuan perumahan kepada golongan memerlukan di negeri itu.
Baca tentang BORANG RAYUAN BSH 2020
JENIS/HARGA RUMAH PRIHATIN
Dua cadangan reka bentuk pembinaan Rumah PRIHATIN iaitu membabitkan rumah dengan dua bilik berharga RM30,000 manakala rumah dengan tiga bilik RM37,500.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan Rumah PRIHATIN yang LAYAK adalah seperti berikut:
- disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
- Pendapatan tidak lebih RM1,000 Sebulan seisi rumah
- Keutamaan diberikan kepada pemohon berdaftar eKasih & JKM/ Majlis Agama Islam Melaka
CARA PERMOHONAN RUMAH PRIHATIN
Hubungi pihak PEJABAT TANAH & DAERAH yang berdekatan