DAFTAR KAD VETERAN ATM: CARA PENDAFTARAN DAN SEMAKAN PERMOHONAN

DAFTAR KAD VETERAN ATM: CARA PENDAFTARAN DAN SEMAKAN PERMOHONAN

DAFTAR KAD VETERAN ATM

Anda merupakan veteran ATM?tetapi belum mempunyai Kad Veteran ATM.Berikut adalah cara daftar kad Veteran ATM

Baca juga tentang MySALAM TAKAFUL 2021: CARA PENDAFTARAN SKIM BANTUAN TAKAFUL ONLINE

SIAPAKAH VETERAN ATM?

Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.

KAD VETERAN ATM

Kad Veteran ATM (KV) merupakan kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.

Mulai 1 Apr 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.

Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM.

KELAYAKAN WAD

Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan.

BILPANGKATKELAYAKAN WADCATATAN
1.Mejar ke Jeneral1ABilik Seorang
2.Leftenan Muda ke Kapten, Staf Sarjan ke Pegawai Waran I1BBilik Berdua
3.Koperal dan Sarjan1CBilik Bertiga
4.Prebet dan Lans Koperal2

KONSESI KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

KTM Berhad menawarkan diskaun 50% tambang perjalanan untuk perkhidmatan ETS dan Intercity kepada Veteran ATM yang berpencen dan isteri berkuatkuasa mulai 15 Januari 2017.

Diskaun 50% ini ditawarkan untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali perkhidmatan Shuttle Tebrau JB Sentral – Woodlands – JB Sentral. Tiket diskaun ini boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Berhad dengan mengemukakan salinan asal Kad Veteran yang dikeluarkan oleh JHEV ATM beserta kad pengenalan.

SIAPA YANG BOLEH  MOHON KAD VETERAN ATM?

Anda layak jika anda adalah seorang Veteran ATM ataupun Orang Tanggungan kepada Veteran.

Anda tidak layak bergelar memegang KV jika anda diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.

CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM

Berikut adalah step by step  untuk daftar Kad Veteran ATM(KV)

  1. Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;
  2. Borang Pendaftaran Veteran ATM
  3. Muat Turun Borang Pendaftaran Veteran ATM https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang/category/5-pencen?download=25:borang-pendaftaran-maklumat-veteran
  4. Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
  5. Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
  6. 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan ntentera di belakang gambar).
  7. Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.

Ketahui juga tentang SKIM AIR DARUL EHSAN 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN SKIM AIR PERCUMA SELANGOR (SADE)

SEMAK PERMOHONAN KAD VETERAN ATM

Semak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp

SOALAN LAZIM

Saya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). Apa yang perlu saya lakukan?

  • Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran dan lampirkan salinan laporan polis dalam permohonan baru. Langkah permohonan adalah seperti di atas.

Leave a Comment