CONTOH SURAT PERMOHONAN RENTAS NEGERI
Bermula 1 Jun 2020, kerajaan telah membenarkan urusan rentas negeri atas sebab-sebab kecemasan dan urusan kerja serta bagi pasangan jarak jauh atas urusan kerja.

Dalam situasi kecemasan untuk merentas negeri, anda perlu menyediakan satu surat rasmi iaitu SURAT RASMI PERMOHONAN RENTAS NEGERI untuk memudahkan urusan perjalanan anda merentas negeri.
Baca juga tentang TARIKH BAYARAN BPR FASA 2: SEMAKAN TARIKH BAYARAN FASA 2 KATEGORI BUJANG & BERKAHWIN SEBELUM RAYA
Anda mungkin tergesa-gesa untuk menyediakan SURAT RASMI PERMOHONAN RENTAS NEGERI dan perlu hadir ke balai polis untuk memohon kebenaran. Maka kami menyediakan contoh surat rasmi permohonan rentas negeri untuk anda edit dan cetak dengan segera.
SENARAI DOKUMEN UNTUK URUSAN RENTAS NEGERI
- Kad Pengenalan Asal ( jangan lupa bawa kad pengenalan)
- Surat Rasmi Permohonan Rentas Negeri
- Surat Kebenaran Bekerja Sektor Awam /Swasta
- Surat Pengesahan Bekerja (Majikan keluarkan satu surat untuk mengesahkan suami/isteri bekerja di tempat tersebut)
- Permit Pergerakan Rentas Negeri (perlu isi lengkap sebelum ke balai polis)
- Salinan Kad Pengenalan
CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN RENTAS NEGERI
Nama:
Alamat:
No Telefon:
___________________________________________________________________
Kepada Ketua Polis Daerah XXX (Bahagian ini penting untuk diisi mengikut daerah masing-masing)
Tuan/Puan
SURAT PERMOHONAN RENTAS NEGERI
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin membuat permohonan rentas negeri daripada negeri Kelantan ke negeri Kuala Lumpur atas sebab hal kecemasan seperti (kematian ahli keluarga terdekat, urusan ahli keluarga terdekat sakit, mengurus anak di hospital & lain-lain yang dikategori sebagai hal kecemasan)
Disini saya sertakan butiran peribadi bagi kegunaan pihak tuan/puan:
Nama:
No K/P:
No Pendaftaran Kereta:
Tarikh:
Masa:
Alamat destinasi:
Bilangan ahli keluarga yang dibawa :
Saya amat berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Saya akan menerima segala syarat dan peraturan yang perlu saya patuhi untuk tujuan hal kecemasan ini. Saya akan segera kembali ke tempat tinggal saya secepat mungkin setelah selesai urusan kecemasan ini.
Saya juga ada melampirkan bukti bagi permohonan rentas negeri untuk rujukan pihak tuan. (contoh lampiran seperti sijil mati, surat hospital, surat temuduga & surat lapor diri)
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
……………………………….
(Nama)
Info Penting:
*Pastikan surat pelepasan harus diprint dan tidak boleh pakai tangan.
*Pastikan mendapat cop pengesahan di Pejabat Polis Daerah anda
CONTOH SURAT PENGESAHAN BEKERJA (bagi perjalanan rentas negeri suami/isteri berjauhan)
Bagi yang bekerja di sektor awam, anda boleh cetak sahaja daripada sistem HRMIS. Manakala bagi sektor swasta pula, anda boleh meminta surat pengesahan bekerja ini daripada majikan anda. Minta sahaja majikan emel.
CONTOH PENGESAHA BEKERJA SEKTOR SWASTA
(Print guna letterhead majikan/syarikat)
Alamat Syarikat
Nombor telefon
Kepada;
Yang Berkenaaan
Rujukan Kami : (Nombor rujukan surat majikan/syarikat) TARIKH :
Tuan/Puan,
PERKARA : SURAT PENGESAHAN BEKERJA
Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa syarikat dan individu seperti yang dinyatakan di bawah :
Nama Syarikat :
Nama pekerja :
No Kad Pengenalan :
Jawatn :
Alamat Pejabat
Adalah seorang pekerja yang secara rasmi dan telah bertugas di syarikat ini selama 3 tahun sebagai pengawai pemasaran
Beliau adalah salah seorang pekerja yang terlibat dalam menguruskan perniagaan dan pemasaran produk yang dihasilkan oleh (Nama syarikat) ini bertanggunjawab untuk memastikan bekalan (sektor pekerjaan yang dibenarkan bekerja) di Malaysia tidak terputus dan cukup.
Untuk makluman pihak tuan/puan, (nama syarikat ) melalui surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrri (MITI) bertarikh ( tarikh kelulusan) (nombor rujukan kebenaran MITI ) telah mendapat kelulusan dari MITI untuk beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberi kebenaran kepada syarikat dan pekerja yang dinyatakan dalam surat ini untuk meneruskan perjalanan dan melaksanakan tugas rasmi beliau bagi tujuan yang dinyatakan di atas.
Untuk sebarang pertayaan lanjut, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia di talian bernombor 03XXXXXXXX (Encik Ahmad)
Terima Kasih
Yang Benar
(nama syarikat)
_________________
(nama ketua sumber manusia syarikat/ pengarah syarikat)
Ketahui juga tentang BAYARAN iSINAR BULAN MAY: SEMAK TARIKH BAYARAN iSINAR