GBP TEKUN NASIONAL (Permohonan Program Latihan Asas Keusahawanan Graduan)

GBP TEKUN NASIONAL (Permohonan Program Latihan Asas Keusahawanan Graduan)

GBP TEKUN NASIONAL

Kepada para graduan terutamanya dari tahun 2019 hingga 2022 yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, kini TEKUN Nasional dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia membuka peluang kepada pada graduan untuk mengikuti program Graduate Business Program (GBP). Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU GRADUATE BUSINESS PROGRAM (GBP)

Graduate Business Program (GBP merupakan program latihan asas keusahawanan khusus kepada graduan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ilmu dan kemahiran keusahawan serta dunia perniagaan. Peserta yang mengikuti akan dilatih untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Tekun Nasional bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.

 

OBJEKTIF PROGRAM GRADUATE BUSINESS PROGRAM (GBP)

Berikut adlaah merupakan objektif program ini dilaksanakan:

  • Membudayakan keusahawanan kepada graduan selepas tamat pengajian.
  • Melahirkan graduan usahawan muda digital yang memacu ekonomi negara.
  • Memastikan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan.

 

KELAYAKAN PROGRAM GBP TEKUN NASIONAL

Kelayakan bagi permohonan program ini terdiri daripada Kumpulan Sasar dari kalangan pelajar di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Sarjana dari IPTA dan IPTS yang telah bergraduan pada tahun 2019 hingga 2022 yang belum mendapat pekerjaan.

 

TEMPOH PROGRAM GRADUATE BUSINESS PROGRAM (GBP)

Program ini dijalankan dalam tempoh selama 9 hari oleh Master Trainer berpengalaman dalam industri.

 

KADAR PEMBIAYAAN GBP TEKUN NASIONAL

Kepada peserta yang menyertai program ini berpeluang mendapat bantuan pembiayaan daripada TEKUN Nasional sehingga RM100,000.

 

CARA PERMOHONAN GBP TEKUN NASIONAL

Kepada para graduan yang berkelayakan dan yang berminat untuk menyertai program ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan google form permohonan GRADUATE BUSINESS PROGRAM (TEKUN)
  2. Baca maklumat program yang tertera
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  4. Semak kembali maklumat anda pastikan diisi dengan betul.
  5. Setelah lengkap, klik pada Submit untuk menghantar penyertaan.

NOTA: Penyertaan hanya dibuka kepada 500 peserta terawal sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Graduate Business Program (GBP), sila merujuk kepada saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID 2022(Apply Borang Online tekun.gov.my)

Leave a Comment