
CARA WANITA BIJAK URUS KEWANGAN
Sebagai seorang wanita, anda seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam mengurus kewangan. Untuk pengetahuan semua wanita, cerai adalah sesuatu yang pasti. Jika tidak bercerai hidup, maka bercerai dengan takdir kematian. Jadi apakah persedian anda? Apakah CARA WANITA BIJAK URUS KEWANGAN?CARA WANITA BIJAK URUS KEWANGAN
Jadi wanita perlukan panduan dan checklist untuk mengelakkan diri daripada ditindas dan menjaga hak anda sebagai wanita.
1. SEMAK WASIAT
Pastikan suami anda telah membuat wasiat supaya harta tak dibekukan apabila berlaku kematian suami. Hal ini bukan berniat untuk membolot harta tetapi bagi memastikan harta tak dibekukan. Selain itu, jika terdapat wasiat segala urusan menjadi mudah dan cepat.
Jika harta dibekukan, ia akan melibatkan masa dan kos yang tinggi untuk menyelesaikan urusan tersebut.
Untuk pengetahuan wanita. Bahagian untuk isteri jika harta diuruskan mengikut faraid adalah sedikit iaitu 1 daripada 8 bahagian. Mungkin anda akan berkira-kira tentang kos untuk menguruskan harta pusaka ini.
Biasanya dalam urusan pembahagian harta pusaka melibatkan perlantikan Wasi dan Pentadbir Harta. Maka lebih baik anda ambil tahu dan belajar hal berkaitan dengan harta pusaka dan faraid.
Untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang, berbincanglah dengan suami anda tentang menulis wasiat dengan betul dan perlu ada dokumen serta saksi yang sah. Dapatkan khidmat pakar wasiat jika diperlukan.
2. SIJIL HIBAH TAKAFUL
Pastikan suami anda mempunyai sijil hibah walaupun hanya RM100K. Ramai yang tidak ambil kisah tentang kepentingan mempunyai sijil hibah takaful sebagai persediaan untuk masa depan anda dan anak-anak.
Sijil hibah takaful merupakan hadiah secara langsung kepada isteri jika suami meninggal dunia. Sijil hibah takaful tidak termasuk dalam kategori harta pusaka, jadi ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda dapatkan wang tersebut untuk kegunaan keperluan. Selain itu, pihak lain tiada hak untuk menuntut wang tersebut.
Walaupun suami anda telah membuat wasiat, ia mengambil masa paling cepat 6 bulan untuk cairkan aset dan tunai. Jadi wang daripada sijil hibah ini sangat penting untuk isteri selesaikan hutang-hutang suami jika ada. Sangat berisiko jika suami anda tidak mempunyai simpanan.
3. SEMAK DUIT SIMPANAN.
Wanita dan isteri kena pastikan suami anda menyimpan setiap bulan bagi tabung kecemasan dan simpanan. Hal ini penting untuk masa depan keluarga anda. Anda kena bijak memujuk suami untuk menyimpan wang setiap bulan untuk hal kecemasan.
4. AMBIL PERLINDUNGAN TABUNG SAKIT KRITIKAL
Untuk wanita adalah penting mempunyai tabung sakit kritikal . Anda sedia maklum bahawa terdapat 36 jenis sakit kritikal yang tidak disangka-sangka mungkin terkena kepada kita. Jadi lebih baik kita bersedia. Bimbang juga kalau hati suami berubah tiba-tiba. Semasa anda sihat memang suami sayang. Sekurangnya,anda sakit dalam keadaan yang ada duit dan diberi perlindungan.
Senarai 36 penyakit berkenaan adalah seperti berikut:
- Alzheimer / gangguan kemerosotan otak organik tidak boleh pulih
- Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
- Meningitis bakteria
- Tumor otak benigna
- Buta/hilang penglihatan sepenuhnya
- Pembedahan otak
- Kanser
- Kardiomiopati teruk dan anemia aplasia kronik
- Koma
- Pembedahan pintasan bagi penyakit arteri koronari
- Kepekakan / hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan hati tahap akhir
- Penyakit paru-paru
- AIDS peringkat teruk
- Hepatitis virus fulminan
- Serangan jantung dan pembedahan injap jantung
- HIV akibat transfusi darah
- Kegagalan buah pinggang–dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
- Hilang pertuturan
- Trauma kepala utama
- Pemindahan organ utama/ sum
- Penyakit neuron motor
- Sklerosis berbilang
- Distrofi otot dan kelumpuhan/paraplegia
- Penyakit parkinson
- Hipertensi arteri pulmonari primer
- Penyakit arteri koronari lain yang serius
- Strok
- Pembedahan aorta
- Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis (SLE) dan pelecuran tahap ketiga.
.
5. SEMAK SEKARANG BAHAGIAN FARAID.
Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain).
Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:
- Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dan lain lain )
- Barang kemas (emas, perak dan lain lain)
- Insurans, saham, bon, wang tunai ( sama ada dilabur atau tidak)
- Tanah, kebun, ladang dan lain lain
BAHAGIAN DIPEROLEHI ISTERI KEPADA SI MATI
1/4 Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki
6.RUMAH KONGSI SUAMI ISTERI
Walaupun tidak berkongsi semasa membayar rumah, tetapi di beli dalam tempoh perkhawinan ia dikira sebagai harta sepencarian.
Pihak suami dan isteri masing-masing berhak untuk menuntut rumah tersebut. Anda perlu ambil tahu dan jangan pulak ambil hak orang lain selepas pasangan anda meninggal dunia.
7- ISTERI WAJIB PANDAI MENYIMPAN
Memang agak mencabar untuk berjimat cermat di zaman online sekarang ini. Banyak benda yang menarik yang hendak dibeli. Cubalah jadi isteri yang berjimat cermat.
Anda kena bersedia bimbang berlaku risiko penceraian yang mungkin berlaku dalam hidup. Selain itu duit simpanan juga penting untuk anak-anak sambung pelajara, Disamping itu, duit simpanan juga penting untuk pensaraan jika umur panjang.
Dikala suami anda masih sayang kepada anda. Pastikan anda lakukan 7 perkara yang telah dibincangkan. Ini adalah CARA WANITA BIJAK URUS KEWANGAN
.