CARA TERKINI BUAT DUIT GUNA INSTAGRAM

CARA TERKINI BUAT DUIT GUNA INSTAGRAM
Cara Terkini Buat Duit Guna Instagram

CARA TERKINI BUAT DUIT GUNA INSTAGRAM

Mesti anda tertanya-tanya tentang cara terkini buat duit guna Instagram. Sebelum ini kita didedahkan dengan berita Instafamous mendapat pendapatan beribu ringgit sebulan berdasarkan review produk. Mereka menerima bayaran serendah RM50 sehingga RM500 untuk sekali iklan. Mereka menerima bayaran dan memuatkan video atau gambar untuk mempromosikan produk atau servis ke laman Instagram sama ada secara langsung atau rakaman.

Berikut adalah contoh cara instafamous membuat duit atau menjana pendapatan :

1. Paid Review

2.Menjual Barang Sendiri

3.Menjual Produk/Barang Orang Lain

4. Aktiviti Jual Beli Akaun Instagram

CARA TERKINI BUAT DUIT GUNA INSTAGRAM

Ini sebenarnya yang kami ingin kongsikan kepada anda.Instagram ini milik syarikat, jadi pastikan kita menggunakannya untuk manfaat kita dengan betul dan cara yang sah. Jika anda betul-betul berminat untuk buat duit guna Instagram.

Instagram akhirnya memberi peluang kepada pembuat video IGTV untuk menjana wang selepas 18 bulan melancarkan hub kandungan yang lebih panjang. Instagram mengesahkan  bahawa ia telah memodelkan Instagram Partner Program secara dalaman yang akan membolehkan pembuat video mendapatkan wang dengan memaparkan iklan bersama dengan video mereka.

Dengan memberikan peluang kepada pencipta cara yang betul dan mudah untuk menjana pendapatan daripada IGTV, mereka mungkin terinspirasi untuk menyediakan  lebih banyak kandungan berkualiti tinggi ke destinasi.

Program ini berpotensi untuk berfungsi sama seperti Facebook Watch, di mana pengeluar video memperoleh potongan pendapatan sebanyak 55 peratus daripada “Iklan Pecahan” yang dimasukkan di tengah kandungan video mereka.

Belum ada lagi pengesahan rasmi tentang jumlah  pendapatan untuk IGTV, tetapi Facebook cenderung untuk menjalankan semua iklannya di semua aplikasinya melalui antaramuka belian yang sama, dengan membayar pencipta video sebanyak 55 peratus.

Jadi pastikan anda bersedia dan merancang apa yang anda ingin lakukan apabila pihak Instagram telah memberikan peluang secara rasmi kepada anda untuk buat duit. Ia adalah secara rasmi dan sah berbanding sebelum ini. 

Semua sedia maklum bahawa Youtube sudah lama menjadi platform yang memberi peluang kepada pengguna untuk membuat duit. Terkini Instagram  pula akan menyusul melalui  IGTV akan memberikan akses kepada pengguna untuk membuat duit.

IGTV dilancarkan pada  tahun 2018, IGTV merupakan platform  video berdurasi panjang dari Instagram.Peluang untk buat duit di Instagram ini akan memberi peluang kepada semua isntafamous seperti artis dan pencipta video.

PANDUAN UNTUK INSTAFAMOUS KEKAL RELEVAN

Untuk pengetahuan anda, media sosial sekarang semakin banyak dan silih berganti setiap hari, jika hari ini anda dapat hidup mewah hasil titik peluh anda di Instagram.Ia mungkin kekal 2 hingga 3 tahun sahaja jika anda tidak menyediakan halatuju yang betul kepada masa depan anda. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal relevan :

1. MENUNTUT ILMU

Anda hendaklah sentiasa menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan media sosial, pengurusan kewangan dan perancangan masa depan. Ikuti kursus-kursus yang berkaitan akan dapat menambahkan ilmu,kenalan dan mengembangkan potensi anda dalam bidang lain. Dengan ilmu yang anda miliki, anda akan mampu bersaing dan kekal relevan dengan situasi semasa.

Ilmu semakin berkembang mengikut peredaran semasa, jadi menjadi tanggungjawab anda untuk belajar dan mengamalkan ilmu tersebut untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Selain itu, ilmu membolehkan fikiran anda berkembang dan menjadi lebih matang. Anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dunia media sosial pada suatu masa nanti. Jadi dengan ilmu dan kematangan anda, anda akan dapat mengharunginya dengan lebih baik.

2.TAMBAH NILAI

Pastikan tujuan anda bukan hanya fokus kepada wang ringgit sahaja dan mengabaikan aspek nilai dan moral. Anda perlu mempunyai hala tuju dalam melakukan sesuatu. Pastikan anda buat sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. Ini sebenarnya akan menentukan anda kekal relevan di media sosial atau akan hilang begitu sahaja.

3.DAFTAR PERNIAGAAN DAN BUKA AKAUN SYARIKAT

Sebelum memulakan perniagaan, pastikan anda mendaftarkan perniagaan anda sama ada sebagai Pemilikan Tunggal (Enterprise),Perkongsian (Partnerships),  atau Syarikat Berhad (Sendirian Berhad Dan Berhad).

Jika anda kurang arif tentang pendaftaran perniagaan atau urusan membuka akaun syarikat, dapatkan khidmad berbayaran daripada pihak yang pakar dalam bidang ini atau mengikuti kursus perniagaan.

TIPS RINGKAS BERNIAGA ONLINE MENGGUNAKAN INSTAGRAM

1.Tentukan Platform Untuk Close Sale Pelanggan

2.Guna Logo Bisnes Untuk Gambar Profile

3.Tambah Caption Menarik Pada Gambar

4.Guna Call To Action Yang Jelas Untuk Instagram Ads

5.Guna Fungsi Tagging Sebelum Post Gambar

6.Buat Gambar Atau Video Yang Berkualiti Dan Menarik

Semoga CARA TERKINI BUAT DUIT GUNA INSTAGRAM memberi manfaat kepada anda.

3 thoughts on “CARA TERKINI BUAT DUIT GUNA INSTAGRAM”

Leave a Comment