CARA SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

CARA SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN RM3,000 GERAN KHAS PRIHATIN

CARA SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Bagi anda yang telah memohon Geran Khas Prihatin, semakan GKP boleh dibuat bermula hari ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my.

GKP kini dibuka semula untuk permohonan bermula Oktober nanti.

Perkara ini diumumkan oleh PM petang tadi bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Daripada 642,976 jumlah permohonan yang diterima, sebanyak 76% permohonan telah diluluskan.

Manakala 12.6% permohonan masih dalam proses, dan baki 11.3% permohonan gagal.

Permohonan yang gagal masih berpeluang membuat rayuan di portal GKP bermula 3-15 Jun nanti.

Pembayaran RM3,000 secara one-off akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Jun 2020.

Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

Baca juga tentang KADAR BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BPN 2.0

CARA SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Semakan GKP RM3,000

Untuk membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin, anda perlu melayari pautan rasmi https://gkp.hasil.gov.my/

  1. Masukkan nombor kad pengenalan
  2. Klik Enter / Cari
  3. Status kelulusan GKP akan dipaparkan sama ada LULUS / DALAM PROSES / GAGAL

Kemungkinan besar pautan tersebut sukar dilayari buat masa sekarang kerana ramai berpusu-pusu untuk semak permohonan masing-masing.

Anda boleh semak semula pada sebelah petang / malam.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin

Seperti dimaklumkan, tarikh pembayaran GKP akan bermula pada 15 Jun.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat secara terus ke akaun masing-masing.

Syarat Permohonan GKP

Bagi yang sudah lupa, berikut dikongsikan antara syarat permohonan Geran Khas Prihatin 2020.

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bantuan GKP?

  • Geran Khas Prihatin adalah bantuan kerajaan kepada PKS secara one-off sebanyak RM3,000.

Bilakah tarikh keputusan akan diumumkan?

  • Semakan status GKP boleh dibuat bermula 3 Jun 2020.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Jun 2020.

Siapa yang layak memohon?

  • Sila rujuk syarat kelayakan seperti yang tertera di atas.

Apakah syarat utama untuk memohon Geran Khas Prihatin?

  • Pemohon mestilah memiliki SSM dan berdaftar dengan LHDNM.

Leave a Comment