PEJABAT TANAH GALIAN SELANGOR (PTGS) SEMAKAN BAYARAN CUKAI

PEJABAT TANAH GALIAN SELANGOR (PTGS) SEMAKAN BAYARAN CUKAI

PEJABAT TANAH GALIAN SELANGOR

Untuk makluman kepada warga penduduk negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor  (PTGS) telah memaklumkan bahawa tiada lagi pengeposan bil cukai tanah atau petak bermula tahun 2023. Untuk membuat semakan bayaran cukai anda boleh melakukan secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga mebantu.

 

APA ITU CUKAI TANAH DAN PETAK

Cukai tanah adalah sejenis cukai yang dikutip kerajaan negeri untuk hartanah di Malaysia. Cukai taksiran/cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Cukai petak pula merupakan cukai yang menggantikan cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik harta tanah yang memiliki  strata.

Nota: Kedua-duanya cukai ini perlu dibayar kepada pihak berkuasa negeri.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH DAN PETAK

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH DAN PETAK ONLINE

Untuk membuat semakan cukai tanah dan petak secara online, berikut adalah emrupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal eHasil Selangor | Cukai Tanah / Cukai Petak 
  2. Terdapat dua cara untuk semakan iaitu:
    • Melalui No Akaun
    • Melalui Perincian Hak Milik (Cukai Tanah / Cukai Petak)
  3. Pilih cara yang anda ingin membuat semakan, masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan cari
  4. Paparan akan menunjukkan maklumat bil cukai anda

 

CARA BAYARAN CUKAI TANAH DAN PETAK ONLINE

Untuk membuat bayaran cukai secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Portal eHasil Selangor | Cukai Tanah / Cukai Petak 
  2. Terdapat dua cara untuk semakan iaitu:
    • Melalui No Akaun
    • Melalui Perincian Hak Milik (Cukai Tanah / Cukai Petak)
  3. Pilih cara yang anda ingin membuat semakan, masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan cari
  4. Paparan bil cukai anda akan tertera. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
  5. Teruskan proses pembayaran anda melalui FPX (Financial Process Exchange).
  6. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
  7. Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.

NOTA: Pihak PTG Selangor tidak akan membuat bayaran balik kepada pembayar jika bayaran cukai yang dibuat melalui transaksi online ini melebihi daripada amaun cukai patut bayar dalam tahun semasa. Lebihan bayaran tersebut akan dikreditkan untuk bayaran cukai tahun berikutnya.

 

MASALAH TIDAK DAPAT CETAK RESIT CUKAI

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.

 

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH DAN PETAK SECARA SMS

Anda juga boleh membuat semakan cukai tanah dan petak menggunakan SMS. Berikut adalah merupakan caranya:

  • Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
  • Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
  • RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
  • Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20

 

MAKLUMAT LANJUT PEJABAT TANAH GALIAN SELANGOR

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai tanah dan petak, anda boleh layari portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS)

 

ARTIKEL LAIN

TARIKH CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2023

2 thoughts on “PEJABAT TANAH GALIAN SELANGOR (PTGS) SEMAKAN BAYARAN CUKAI”

Leave a Comment