CARA SEMAK SAMAN ONLINE & DISKAUN SAMAN JPJ

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan 70% diskaun saman JPJ bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020.
Hal ini diumumkan oleh Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia pada 28 Julai 2020 menerusi BERNAMA dan laman sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Diskaun saman atau tawaran pengurangan pembayaran saman sebanyak 70% ini adalah tertakluk kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Tawaran diskaun saman ini juga diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :
- Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333),
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),
- Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715)
- serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Baca juga tentang eWALLET: CARA DAFTAR & PENEBUSAN KREDIT TAMBAHAN ePENJANA RM50
CARA SEMAK SAMAN ONLINE & DISKAUN SAMAN JPJ
- Semakan saman dan pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah manual atau online.
- Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.
Cara Dapatkan Diskaun Saman Secara Manual
Bagi pembayaran dan semakan secara manual, anda boleh mendapatkan pengurangan saman ini yang akan dilaksanakan di:
- semua pejabat JPJ Negeri
- semua pejabat JPJ Cawangan
- semua pejabat JPJ UTC
- Kiosk JPJ
Semua senarai pejabat JPJ di seluruh negeri boleh dirujuk melalui senarai di sini.
*Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.
Cara Dapatkan Diskaun Saman Secara Online
Berikut adalah cara membuat semakan saman online atau bayaran saman sekiranya anda mempunyai saman yang ingin dijelaskan.
Ia boleh disemak dan dibayar melalui:
- Laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan
- Portal mySIKAP
- Aplikasi JPJ Mobile
- dan lain-lain saluran seperti MyEG
Cara Semak Saman Melalui Laman Web Rasmi JPJ
Secara ringkasnya, semakan saman JPJ melalui laman web rasmi JPJ di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
- Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
Senarai Hitam JPJ boleh disemak melalui pautan ini: https://www.jpj.gov.my/…/main-…/semakan-status-senarai-hitam
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi :
Talian telefon: 03-8000 8000
ATAU
Sila ajukan pertanyaan melalui laman sosial Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di saluran berikut:
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Twitter: JPJ_Malaysia
Instagram: JPJMalaysia
Youtube: JPJMalaysia
Telegram: JPJ_Malaysia
2 thoughts on “CARA SEMAK SAMAN ONLINE & DISKAUN SAMAN JPJ”