CARA SELAMAT BELI BARANG ONLINE

CARA SELAMAT BELI  BARANG ONLINE
Cara Selamat Beli Barang Online

CARA SELAMAT BELI  BARANG ONLINE

Sebelum anda melakukan urusan membeli barang secara online, anda perlu belajar tentang CARA SELAMAT BELI  BARANG ONLINE untuk mengelakan berlaku kerugian.

1.MEMBELI DI PLATFORM YANG MEMPUNYAI KESELAMATAN TINGGI

Terdapat pelbagai platform atas talian yang  mempunyai kedai maya yang mempunyai tahap keselamatan yang yang agak meragukan. Jadi anda sepatutnya memilih untuk beli barang dengan platform yang mempunyai sistem keselamatan yang kuat dan dijamin untuk mengelakkan isu penipuan berlaku.

Contohnya langkah beberapa platform yang menyediakan sistem E-Wallet tersendiri untuk urusan transaksi sebagai orang tengah antara penjual dan pembeli lebih menjamin keselamatan kedua dua pihak.

Sebagai contoh di Malaysia, Lazada dan Shopee sedia menyediakan program jaminan mereka tersendiri untuk mengelakkan kes penipuan berlaku. Program ini menjanjikan barangan yang dibeli pasti akan diterima oleh pengguna atau sekiranya tidak, wang pastinya akan dikembalikan semula. Untuk menjayakan sistem ini, kedua-dua platform ini akan ‘memegang’ duit pengguna selepas bayaran dibuat, dan penjual hanya akan boleh menerima duit tersebut selepas barang sampai di tangan pengguna.

2. PENILAIAN KEPADA PENJUAL/ BARANG

Jika anda ingin membeli sesuatu barang di platform atas talian, anda perlu melihat ulasan dan penilaian kepada penjual/barang yang dijual. Biasanya terdapat komen daripada pengguna tentang masa penghantaran dan kualiti barang yang dijual. Melalui maklumat ini, dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat untuk membeli barang tersebut.

3 POLISI DAN JAMINAN KEDAI

Pastikan anda tahu tentang tempoh dan jenis jaminan yang ditawarkan oleh penjual atau kedai. Jaminan polisi pemulangan barang atau pemulangan wang semula adalah penting untuk memastikan pengguna tidak tertindas oleh pihak penjual.

4. BANDING PENILAIAN TERENDAH PADA BARANG YANG HENDAK DIBELI

Cuba fokus kepada penilaian terendah pada barang yang hendak dibeli kerana biasanya penilaian hanya diberikan kepada hal yang berkaitan dengan tempoh penghantaran yang cepat dan bungkusan yang cantik sahaja,bukannya penilaian yang berkaitan dengan barang. Jadi dengan memberi fokus kepada penilaian terendah anda akan tahu rahsia disebalik barang yang hendak dibeli.


5. BANDINGKAN HARGA

Dengan melakukan perbandingan harga, anda akan dapat menikmati lebih penjimatan . Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah kos penghantaran dan tawaran yang diberika melalui barang yang dijual. Ada juga tawaran hadiah percuma yang setanding dengan harga barang yang anda ingin beli. Jadi bandingkan harga dan tawaran yang ada untuk keuntungan dalam urusan membeli.

6. LOKASI DAN TEMPOH PENGHANTARAN

Pastikan barang yang anda ingin beli itu dari negara mana supaya anda faham sekiranya barangan tersebut ia mengambil masa yang lama untuk proses penghantaran barang tersebut. Biasanya membeli barangan daripada luar negara memang menjimatkan, cuma pengurusan jaminan mungkin akan terdapat sedikit kesukaran.

7. MEDIUM PEMBAYARAN

Apabila anda ingin membuat pembayaran, utamakan mod pembayaran yang memberi penjimatan kepada anda. Selalunya, kad debit atau kad kredit sesebuah bank akan menawarkan sejumlah diskaun berdasarkan barangan yang anda beli. Ia kadangkala diberikan mengikut hari, jadi anda perlu peka dengan info tersebut melalui bank yang anda gunakan. Sekiranya tidak, mod pembayaran biasa juga tidak mempunyai masalah, cuma anda mungkin tidak dapat meraih manfaat seperti pemberian diskaun ini.

8. GUNAKAN KEMUDAHAN KOD, KUPON DAN BAUCAR

Anda boleh menggunakan kod, kupon dan baucar untuk mendapat  potongan harga bagi barang yang hendak dibeli. Selain itu, anda kena peka juga biasa kod ini akan diberikan melalui saluran media sosial untuk mendapat kod diskaun yang terkini.

9. GUNAKAN SHOPBACK UNTUK MENERIMA GANJARAN TUNAI

Melalui aplikasi shopback, anda boleh menerima cashback dari aktviti berbelanja di pelbagai jenis perniagaan online seperti Lazada, Shopee, 11Street, dan Fave. Kesemua syarikat tersebut menawarkan cashback yang berbeza mengikut jenis pembelian dan produk.

Anda boleh pilih pelbagai jenis perkhidmatan seperti membeli-belah, tempahan hotel dan melancong untuk mendapatkan cashback anda. Anda perlu memilih platform jualan kegemaran anda seperti Lazada melalui aplikasi Shopback. Kemudian, aplikasi tersebut akan membawa anda terus ke platform jualan tersebut untuk membeli-belah. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cashback anda akan terima. Oleh sebab itu, jika anda memang gemar untuk berbelanja di internet, anda pasti menyukai aplikasi Shopback ini.

10. SIMPAN MAKLUMAT PEMBELIAN

Maklumat seperti resit digital andalah penting sebagai bukti pembelian. Anda dicadangkan untuk mengeksportnya menjadi PDF dan disimpan pada folder yang mudah dilihat.  Ia juga membantu anda untuk urusan pencukaian dan urusan menebus sesuatu jaminan.

11. MEMBUAT ADUAN JIKA TIMBUL MASALAH 

Contohnya barang yang anda beli tidak diterima dalam tempoh tertentu, anda perlu segera membuat aduan ke pihak yang menguruskan platform jualan tersebut untuk urusan pemulangan semula wang kepada anda.  Aduan daripada anda membantu pihak pengurusan mengenal pasti penjual yang melakukan penipuan dikenakan tindakan sewajarnya agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Membeli barangan atas talian sememangnya menyeronokkan sekiranya anda mengetahui sejumlah perkara ketika membeli pada platform ini. Ia memerlukan penelitian dan kaji selidik bagi mengelakkan anda tertipu dengan barangan yang ditawarkan. Anda juga sebenarnya boleh mendapatkan penjimatan yang hebat platform ini, dengan memanfaatkan kod baucar, mod pembayaran berdiskaun, atau memanfaatkan perkhidmatan ganjaran tunai. Semoga paparan artikel pada kali ini dapat memberi input kepada anda, lebih-lebih lagi yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menggunakan perkhidmatan ini.

3 thoughts on “CARA SELAMAT BELI BARANG ONLINE”

Leave a Comment