CARA PROSES TUNTUTAN MySALAM COVID-19

CARA PROSES TUNTUTAN MySALAM COVID-19

CARA PROSES TUNTUTAN MySALAM COVID-19

APA ITU MySALAM COVID-19

MySalam merupakan inisiatif untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan takaful yang merangkumi golongan berpendapatan rendah secara percuma.

Skim ini dijalankan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat

CARA PROSES TUNTUTAN MySALAM COVID-19

Individu yang dimasukan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal boleh mebuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal

Layari https://www.mysalam.com.my/

Log masuk ke portal MySalam

Proses TUNTUTAn mySALAM COVID -19

1.   Klik Tuntutan diikuti oleh Penyerahan Tuntutan

2.   Klik Tuntutan Hospitalisasi bagi:

  • Pesakit Positif Covid-19;
  • Disyaki Covid-19 & ditahan di pusat kuarantin KKM;  atau
  • Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri

3.   Isikan butiran:

  • Tarikh masuk wad/mula kuarantin muat turun dokumen
  • Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
  • Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin)

4.   Muatnaik Dokumen

  • KP depan & belakang
  • Nota discaj (kemasukan wad sahaja), atau
  • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  • Dan klik Lampirkan

5.   Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan permohonan anda akan diproses

6.   Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik  setelah tuntutan disahkan oleh penilai kami

Semakan status tuntutan boleh dilakukan dengan klik pada butang STATUS TUNTUTAN

Baca juga tentang PERMOHONAN BANTUAN TUNAI SEBANYAK RM500 KEPADA INDVIDU BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Hubungi 1 300 888 938

Emel ke [email protected]

Layari www.mysalam.com.my

Makluman kepada individu kategori bukan penerima Bantuan Sara Hidup (M40) yang layak menerima mySalam ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi laman web mySalam

Leave a Comment