CARA PERMOHONAN SPiM PENJANA

CARA PERMOHONAN SPiM PENJANA

CARA PERMOHONAN SPiM PENJANA

SPiM PENJANA

SPiM PENJANA ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sektor pertanian dan penternakan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Kemudahan ini adalah berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan bagi modal kerja atau belanja mengurus sahaja.

Bilakah ansuran bayaran balik pembiayaan SPiM PENJANA bermula ?

Ansuran bayaran balik pembiayaan akan bermula pada bulan ketujuh (7) (grace period 6 months) selepas pengeluaran wang pembiayaan kepada usahawan oleh MARA. Sebagai contoh :

Syarikat ABC Sdn. Bhd. telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM1 Juta dan pengeluaran wang oleh MARA kepada Syarikat ABC Sdn. Bhd. telah dibuat pada 30 Jun 2020. Syarikat ABC Sdn. Bhd. perlu membuat pembayaran ansuran pertama pembiayaan kepada MARA pada 31 Januari 2021.

BACA tentang PEMBAYARAN i-LESTARI BULAN JULAI

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SPiM PENJANA

• Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera,

• Semua ahli lembaga pengarah mestilah berumur tidak melebihi 65 tahun,

• Melepasi tapisan Carian Kredit,

• Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi,

• Beroperasi 12 bulan ke atas atau telah mengikuti program pembangunan usahawan secara intensif anjuran MARA bagi perniagaan yang beroperasi kurang daripada 12 bulan,

• Bebas daripada senarai hitam MARA,

• Perniagaan Patuh Syariah, dan

• Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen asas yang diperlukan seperti berikut :

  • Laporan kewangan tahunan beraudit bagi perniagaan yang melebihi 12 bulan ke atas. Bagi syarikat yang tidak mempunyai laporan kewangan tahunan beraudit atas sebab-sebab tertentu maka diperlukan management account yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
  • Dokumen pengenalan diri dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

CAGARAN TANAH/JAMINAN

Adakah SPiM PENJANA mensyaratkan sebarang bentuk jaminan atau cagaran (collateral) bagi permohonan pembiayaan ini ?

Ya, pemohon perlu menyediakan pilihan jaminan atau cagaran seperti berikut :

i) Cagaran Hartanah yang mempunyai nilai Jualan Paksaan (Force Sales Value) hendaklah bernilai tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pembiayaan yang dimohon;

Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd. memohon pembiayaan RM1 Juta dan syarikat perlu mengemukakan cagaran hartanah dengan nilai jualan paksaan (force sales value) RM100,000.00. atau

ii) Sekurang-kurangnya seorang penjamin berpendapatan tetap dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang daripada tiga peratus (3%) daripada jumlah pembiayaan yang dimohon;

Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd. memohon pembiayaan RM1 Juta dan syarikat perlu mengemukakan seorang penjamin atau lebih yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM30,000.00 sebulan (3% daripada jumlah pembiayaan yang dimohon).

atau

iii) Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan;

Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd. memohon pembiayaan RM1 Juta dan syarikat perlu mengemukakan simpanan tetap daripada Institusi Kewangan yang ditetapkan oleh MARA sejumlah RM100,000.00.

atau

iv) Jika syarat i, ii atau iii di atas tidak dapat dipenuhi maka gabungan antara syarat i,ii, atau iii dibenarkan untuk memenuhi syarat tersebut.

HAD PEMBIAYAAN

RM500 RIBU sehingga RM1 JUTA

KADAR KEUNTUNGAN

3.5% setahun

CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPIM PENJANA

Permohonan secara atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my

Layari https://www.pmbtijari.com.my/spimpenjana/

Lengkapkan 4 langkah dalam borang permohonan online yang disedikan.

3 thoughts on “CARA PERMOHONAN SPiM PENJANA”

Leave a Comment