PERMOHONAN PENDAFTARAN PLATFORM SELANGOR (PLATS) PKS Mikro 2024

PERMOHONAN PENDAFTARAN PLATFORM SELANGOR (PLATS) PKS Mikro 2024

PLATS SELANGOR

Untuk makluman kepada penjaja dan peruncit di negeri selangor, Menteri Besar Selangor telah melancarkan Platform Selangor (PLATS) bagi membantu menggerakkan ekonomi kecil dan sederhana mikro (PKS).

Melalui PLATS, PKS Mikro boleh mempelajari asas berkaitan pendigitilan, menerima bantuan pembiayaan serta latihan keusahawanan yang berkaitan. Pendaftaran untuk penyertaan Plats adalah percuma. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara pendaftaran, semoga membantu.

 

APA ITU PLATS SELANGOR

Platform Selangor (PLATS) adalah satu langkah proaktif Kerajaan Selangor yang bertujuan untuk merancakkan ekonomi warga Selangor menerusi platform digital komuniti yakni merupakan inisiatif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

 

KELEBIHAN PLATS SELANGOR

Dengan menjadi sebahagian dari penyenaraian di direktori digital PLATS, antara kelebihan yang boleh diterokai:

  1. Akses Bantuan Pendigitalan
    • Mewujudkan Rakan Digital Selangor untuk membantu warga sasaran di dalam mempelajari pengetahuan asas pendigitalan.
  2. Akses Bantuan Pembiayaan
    • PLATS juga berhasrat untuk membantu penjaja & peruncit dari segi bantuan kewangan yang lebih berkesan.
  3. Akses Latihan Keusahawanan
    • PLATS bertindak sebagai platform penghubung antara komuniti dengan kerajaan dengan tujuan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

 

CARA DAFTAR PLATS SELANGOR

Kepada penjaja yang ingin mendaftar, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan PLATS: https://platselangor.com/
  2. Pada menu utama klik pada Daftar
  3. Isikan maklumat butiran peniaga yang diperlukan pada semua bahagian iaitu:
    • Butiran Perniagaan
    • Muat Naik Gambar
    • Menu
    • Waktu Operasi
    • Pengesahan
  4. Setelah lengkap semua maklumat diisi, pastikan anda semak terlebih dahulu dan klik pada Hantar.
  5. Selesai, proses pendaftaran anda selesai

 

CARA KEMASKINI PLATSSELANGOR

Untuk mengemas kini butiran perniagaan anda berikut adalah caranya:

  1. Anda harus mendaftar masuk ke laman web PLATS menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda dan tekan butang Profil Pengguna.
  2. Di ruangan Profil Pengguna, anda boleh mengemas kini butiran perniagaan anda.
  3. Sila ambil maklum bahawa terdapat beberapa maklumat yang tidak boleh di ubah suai. Hubungi talian sokongan 0192018119 untuk bantuan selanjutnya.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PLATSSELANGOR

Bagaimana PLATS dapat membantu saya sebagai penjaja?

  • Dengan menyertai komuniti penjaja ini, anda akan berada di dalam direktori Kerajaan Selangor yang akan memberikan pelbagai manfaat. Ianya juga dapat membantu perniagaan dari segi pemasaran yang mudah.

Penghantaran meliputi kawasan?

  • Penghantaran pesanan anda adalah mengikut kawasan majlis perbandaran anda. Sebagai contoh, jika anda tinggal di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, penghantaran pesanan meliputi kawasan Petaling Jaya.

Caj penghantaran?

  • Caj penghantaran adalah berdasarkan lokasi anda.

Apakah waktu penghantaran peniaga di PLATS?

  • Waktu penghantaran dijalankan mengikut waktu operasi peniaga.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Platfrom Selangor, anda boleh merujuk portal rasminya di pautan https://platselangor.com/

 

ARTIKEL LAIN

CAJ PENYELENGGARAAN HARTANAH HAKMILIK STRATA DI MALAYSIA (Maintenance Fee Rumah Selangorku)

Leave a Comment