CARA MASUK DUIT GUNA CDM (Transfer Duit di Cash Deposit Machine)

CARA MASUK DUIT GUNA CDM (Transfer Duit di Cash Deposit Machine)

MASUK DUIT GUNA CDM

Sekiranya anda ingin membuat pindahan wang terdapat banyak pilihan yang boleh dilakukan. Disini kami akan kongsikan cara membuat pindahan wang menggunakan mesin CDM dengan kaedah masuk duit guna CDM dengan cara yang betul, semoga membantu.

 

APA ITU CDM

CDM ialah Cash Deposit Machine atau dikenali sebagai Mesin Deposit Wang Tunai. Tujuan mesin CDM ini digunakan bagi memasukkan atau bank in duit ke dalam mesin tersebut.

 

CARA MASUK DUIT GUNA CDM DENGAN KAD ATM

Mesin CDM ini semestinya terdapat di semua bank yang terdapat di Malaysia. Untuk cara penggunaannya adalah hampir sama bagi kesemua mesin CDM. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Hadir ke mana-mana mesin CDM yang berhampiran anda
  2. Masukkan kad ATM ke slot kad pada mesin CDM , tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi
  5. Klik Deposit Tunai agar proses guna mesin CDM tidak mengalami masalah.
  6. Masukkan No Akaun.
  7. Tekan Ya untuk sahkan
  8. Pastikan nama dan no akaun adalah betul.
  9. Bekas tempat anda meletakkan wang akan terbuka secara automatik. Masukkan duit pada ruang duit mesin CDM.
  10. Selepas wang diletakkan, bekas akan ditutup semula secara automatik. Tunggu seketika untuk mesin mengira wang yang anda serahkan.
  11. Kemudian paparan jumlah wang anda masukkan akan tertera, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  12. Ambil resit sebagai bukti transaksi, Selesai.

Nota: Harus diingat sebelum masuk duit mesti dalam keadaan kemas, tidak berlipat, dan tiada benda lain yang masih melekat supaya mesin mudah mengesan wang tersebut.

 

CARA MASUK DUIT GUNA CDM TANPA KAD ATM

Untuk cara penggunaannya adalah hampir sama bagi kesemua mesin CDM. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Hadir ke cawangan CDM bank pilihan anda yang berhampiran
  2. Tekan butang keypad pada mesin CDM dan tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Klik Deposit Tunai dan masukkan No Akaun.
  5. Tekan YA untuk sahkan.
  6. Pastikan nama dan no akaun adalah betul.
  7. Masukkan duit pada ruang duit mesin CDM.
  8. Nilai yang dimasukkan disahkan.
  9. Klik Enter/Masuk.
  10. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  11. Ambil resit sebagai bukti transaksi, Selesai.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TRANSFER DUIT BANK MUAMALAT KE BANK LAIN (Guna i-Muamalat ATM IBG)

1 thought on “CARA MASUK DUIT GUNA CDM (Transfer Duit di Cash Deposit Machine)”

Leave a Comment