CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 TAHUN 2021

CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 TAHUN 2021

CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 TAHUN 2021

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi pelajar yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) memperlawa calon-calon cemerlang yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 SBP bagi tahun 2021

Baca juga tentang SEMAKAN & RAYUAN KEPUTUSAN PRASEKOLAH 2021

CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 TAHUN 2021

Permohonan Sbp Tingkatan 1  Kpm Tahun 2021 Secara Online

Berikut disediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan cara permohonan secara atas talian (online), syarat pemilihan dan kelayakan umum bagi kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2021

Permohonan Terbuka Kepada:-

  • Murid Tahun Enam 2020 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan

PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2021 TINGKATAN 1

Permohonan DibukaPermohonan Ditutup
7 September 20202 Oktober 2020  

Cara Dan Panduan AM Membuat Permohonan Online Tingkatan 1 SBP 2020

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2021 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi spskt1 KPM yang dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas

Maklumat seperti syarat umum dan tarikh penting permohonan SBP tingkatan 1 berikut adalah bagi pengambilan tahun 2020 sebagai rujukan. Untuk pengambilan tahun 2021 akan dikemaskini setelah diumumkan

Syarat Umum Pemilihan Pelajar Tingkatan 1 SBP Tahun 2020

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  2. Bersekolah Kebangsaan (SK)
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. UKSBP – Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Ia adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  5. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019
  6. Permohonan boleh dibuat walaupun keputusan UPSR 2019 belum diumumkan
  7. Murid aktif dalam kokurikulum

Tarikh-Tarikh Dan Perkara Penting Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Tahun 2020

BilPerkaraTarikh   Tindakan / Nota
1Sistem permohonan online SBP Tingkatan 1 dibuka dan ditutup27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019Murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2019
2Semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP4 – 11 Oktober 2019Semua pemohon perlu menyemak keputusan kelayakan melalui laman aplikasi permohonan yang sama bermula pada tarikh yang ditetapkan *UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. UKSBP akan dirintis untuk ambilan Tahun 2020
3Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dijalankan14 Oktober 2019 hingga 18 Oktober 2019Pemohon yang layak UKSBP akan dijalankan secara serentak di 207  pusat iaitu di semua SBP.
4Semakan keputusan pemohonan dan penempatan ke SBP Tingkatan 118 Disember 2019 – 7 Januari 2020i. Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. ii. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. iii. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut.  
5Permohonan e-rayuan dibuka18 Disember 2019 – 7 Januari 2020Pemohon yang tidak berjaya dan pemohon yang terlepas tarikh permohonan awal  
6Semakan keputusan e-rayuanPemohon e-rayuan
7Pendaftaran ke SBP7 – 19 Januari 2020Pemohon yang berjaya Tarikh pendaftaran akan dinyatakan dalam surat tawaran

Maklumat tarikh dan perkara penting bagi kemasukan ke SBP Tingkatan 1 tahun 2020 adalah masih tertakluk kepada pindaan. Sebarang maklumat lanjut, Ibubapa / Penjaga / Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan, https://www.moe.gov.my

Leave a Comment