CARA PERMOHONAN MINHAH COVID19: BANTUAN KHAS TAMBAHAN TUNAI SEBANYAK RM200 BAGI YANG TERJEJAS

Berikutan keluhan dari masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, MAINJ akan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM 200 kepada 17,000 individu menerusi Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut meliputi syarat-syarat kelayakan, borang dan cara permohonan, serta tarikh akhir membuat permohonan bagi bantuan ini.
Baca juga tentang SEMAKAN BAYARAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
APAKAH BANTUAN KHAS TAMBAHAN MINHAH COVID19?
Minhah Covid19 MAINJ ini adalah bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada individu yang sumber pendapatannya benar-benar terjejas susulan pandemik Covid-19.
Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM 3.4 juta.
Bantuan JKM 2021, ketahui KEMASKINI KADAR BANTUAN JKM RM1000 SEBULAN
JUMLAH BANTUAN MINHAH COVID19
- Jumlah bantuan adalah RM200 tunai secara one-off bagi individu yang layak.
- Bantuan ini dibuka untuk memberi manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
TARIKH PERMOHONAN
- Permohonan akan dibuka secara dalam talian pada 1 Disember hingga 14 Disember 2020.
SYARAT PERMOHONAN
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia
- Hendaklah bermastautin di Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
- BUKAN penerima Bantuan Bulanan MAINJ.
NOTA:
- MAINJ berhak menolak permohonan sekiranya butiran yang diberikan tidak benar dan tidak mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan
CARA PERMOHONAN BANTUAN MINHAH COVID19 MAINJ
Untuk membuat permohonan, pemohon perlu melengkapkan borang di pautan Google Forms yang disediakan mengikut daerah di bawah ini.
- Daerah Kota Tinggi
- Daerah Mersing
- Daerah Kluang
- Daerah Kulai
- Daerah Pontian
- Daerah Segamat
- Daerah Tangkak
- Daerah Muar
- Daerah Batu Pahat
- Daerah Johor Bahru
Ketahui juga tentang GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN: RM 1000
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen yang perlu disertakan bersama untuk permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 adalah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan pasangan
- Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19, sila rujuk posting asal oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor di pautan ini: https://www.facebook.com/zakatjohor/posts/1669246703250479
Bagi penduduk Perak boleh baca CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPK BAGI SESI 2021
saya berstatus pemaustautin tetap sabah dan tiada permit masuk.adakah saya layak untuk permohonan MINHAH COVID 19
Boleh