CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BAGI B40/M40/PENIAGA KECIL

Kementerian Kewangan Meminta agar semua individu yang ingin melanjutkan tempoh moratorium hadir ke bank bermula esok bagi membuat permohonan lanjutan.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, tujuannya adalah untuk mengelakkan kesesakan 7.7 juta peminjam yang dijangkakan akan membuat permohonan pada saat akhir.
Rebut peluang sebelum terlambat. Dinasihatkan agar peminjam yang mengambil moratorium menggunakan kesempatan yang ada agar tidak terkesan dikemudian hari.
” Bila tamat saja tempoh permohonan, sekiranya mereka gagal mendapat lanjutan itu ia sudah tentunya akan beri kesan yang sangat besar berbanding situasi yang mereka hadapi kini
“Diharapkan rakyat yang layak untuk memohon lanjutan moratorium ini untuk gunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh kerajaan”
Tambahnya lagi, peminjam perlu bertanggungjawab dengan diri sendiri kerana moratorium lanjutan ini bukanlah automatik seperti moratorium yang diberikan oleh kerajaan. Keutamaan diberikan buat mereka yang hilang pekerjaan
Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa lanjutan moratorium dan bank bersasar selama tiga bulan akan diberikan terutamanya buat golongan yang terjejas akibat krisis Covid-19. Termasuklah mereka yang hilang pekerjaan dan terjejas punca pendapatan.
Baca juga tentang CARA PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM10,000
CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
JENIS PINJAMAN YANG LAYAK MORATORIUM
Antara pinjaman yang layak dapat moratorium seperti di bawah:
- Perumahan
- Kereta/kenderaan
- Peribadi (individu/SME)
SYARAT PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
- Peminjam yang layak terdiri daripada pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan mereka yang tidak mempunyai tunggakan ansuran melebihi tiga bulan
CARA MOHON LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL
Cara permohonan adalah seperti berikut:
- Hubungi pihak bank
- Nyatakan pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021 dan kelulusan diberikan secara automatik
LANJUTAN MORATORIUM B40/M40/PENIAGA KECIL
Bagi golongan B40,hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri (self-declaration) bagi bagi menentukan pilihan bantuan kewangan bersasar.
Bagi golongan M40,hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri (self-declaration) bagi mengurangkan ansuran bulanan dengan kelulusan juga diberi secara automatik.
Mereka perlu membuat pengisytiharan kendiri. Bank akan mengambil kira pendapatan individu dan pasangan.Tempoh pemprosesan bank adalah lima hari dan kelulusannya juga automatik.
MAKSUD SELF-DECLARATION( PENGISYTIHARAN SENDIRI)
- Self-declaration atau pengisytiharan sendiri bermaksud pemohon perlu hubungi pihak bank dan membuat pengakuan untuk mohon lanjutan moratorium pinjaman.
Ketahui juga tentang CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350
MAKLUMAT LANJUT
Sila berhubung dengan bank masing-masing, AKPK atau BNMTELELINK untuk mengetahui pilihan yang tersedia bagi membantu mereka mengurus hutang masing-masing.