CARA PERMOHONAN GIATMARA ONLINE SESI 2021

CARA PERMOHONAN GIATMARA ONLINE SESI 2021

CARA PERMOHONAN GIATMARA ONLINE SESI 2021

Permohonan GIATMARA bagi Sesi Januari 2021 telah mula dibuka bermula September 2020.

Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tubuh badan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke program latihan sepenuh dan separuh masa tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Julai dan Januari setiap tahun.

Berikut adalah maklumat lanjut bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di GIATMARA.

Baca juga tentang SENARAI BANTUAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM 2020/2021

Apakah GIATMARA?

GIATMARA merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

GIATMARA ditubuhkan bagi mewujudkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk golongan belia tidak kira yang berasal dari kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

Syarat Kelayakan

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

Senarai Pusat GIATMARA Dan Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Kluster Computer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektronik Elektronik / Mekatronik
  • Kluster Elektrikal
  • Kluster Fabrik
  • Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kursus Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Creative Media
  • Kluster Senibina

Senarai sesi latihan dan Pusat GIATMARA boleh dirujuk dalam jadual INI.

CARA PERMOHONAN GIATMARA ONLINE SESI 2021

CARA MEMOHON

Untuk memohon kemasukan ke GIATMARA bagi sesi Januari 2021, ia boleh dibuat secara online dan manual.

Berikut adalah langkah memohon kemasukan ke GIATMARA.

Permohonan GIATMARA Online

Untuk memohon secara online, anda boleh menggunakan Aplikasi Permohonan Online GIATMARA (GSPel).

  1. Layari pautan berikut: http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/
  2. Klik ‘Borang Online’ membuat untuk permohonan secara dalam talian.
  3. Klik ‘Permohonan Baru’ untuk mendaftar. Jika anda merupakan alumni GIATMARA dan ingin mendaftar program lanjutan, sila hubungi GIATMARA berdekatan.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemaskini maklumat jika perlu.
  5. Log masuk ke Sistem GSPel dan membuat semakan status permohonan dan mencetak surat-surat berkaitan.

Permohonan GIATMARA Secara Manual

  • Jika anda mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian, anda boleh memohon secara manual.
  • Dapatkan borang permohonan di GIATMARA berhampiran atau muat turun Borang Permohonan Manual ini untuk cetakan.
  • Seterusnya, isikan maklumat dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan,
  • Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi pihak GIATMARA melalui saluran yang berikut:

Leave a Comment