CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

Geran Usahawan Perak (GeRUP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Permohonan boleh dibuat mulai 16 Julai 2020 hingga 30 Julai 2020 secara dalam talian melalui portal http://gerup.smecorp.gov.my

Sedikit perkongsian untuk penyemakan syarat kelayakan yang ditetapkan dan cara membuat permohonan geran di bawah

Baca juga tentang CARA PERMOHONAN SPiM PENJANA

CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
  3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
  4. Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
  5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
  6. Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
  7. Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
  8. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA PERMOHONAN

  • usahawan PKS yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutp permohonan iaitu 31 Julai 2020 dengan melayari pautan berikut:
  • Permohon perlu daftar Akaun terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan
  • Permohonan berjaya dihantar apabila satu pop-up memaparkan Maklumat Berjaya Disimpan setelah permohon menekan butang Hantar Permohonan
  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan Melalui Emel yang didaftarkan dan juga melalui SMS selepas bulan September 2020. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya
  • Bagi PKS yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian, dinasihatkan untuk berjumpa dengan Agensi pembimbing PKS Negeri Perak untuk membuat permohonan

SENARAI AGENSI PEMBIMBING PKS NEGERI PERAK

Permohonan harus diperakui oleh Agensi pembimbing di Negeri Perak di mana pemohon pernah memohon bantuan/ khidmat nasihat. Berikut adalah senarai Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak:-

  1. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak
  2. SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
  3. Jabatan Pertanian Negeri Perak
  4. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  5. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  6. Yayasan Perak
  7. Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
  8. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  9. TEKUN Nasional (TEKUN)
  10. Tourism Malaysia Negeri Perak
  11. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
  13. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  14. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  15. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
  16. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  17. FELCRA Berhad
  18. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  19. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
  20. Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
  21. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
  22. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
  23. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  24. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

KAEDAH PEMBAYARAN

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.

TARIKH PEMBAYARAN

  • Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 1 September 2020.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 05-529 1621

1 thought on “CARA PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)”

Leave a Comment