CARA PERMOHONAN ELAUN DI BAWAH PROGRAM MyFUTUREAGRO

CARA PERMOHONAN ELAUN DI BAWAH PROGRAM MyFUTUREAGRO

CARA PERMOHONAN ELAUN DI BAWAH PROGRAM MyFUTUREAGRO

Program ini khas untuk  Pelaksanaan Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan @ MyFutureAgro bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudah cara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan Agromakanan disamping menggalakkan pengambilan pekerja.

Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai intervensi secara langsung bagi membantu pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tempoh pasca COVID-19 mendapatkan latihan dan kemahiran dalam bidang agromakanan

Baca juga tentang KELEBIHAN CARUMAN SKSPS UNTUK NELAYAN

CARA PERMOHONAN ELAUN DI BAWAH PROGRAM MyFUTUREAGRO

Cara permohonan

  1. Pemohon boleh mendaftar didalam Portal www.mafi.gov.my bermula 10 Ogos 2020 atau di sini https://www.mafi.gov.my/myfutureagro
  2. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03-8870 1802 / 1695 / 1692 atau emel kepada [email protected]

Kategori: Individu (Perantis)

a) Terbuka kepada semua Lepasan Sekolah, Graduan yang tidak bekerja dan golongan menganggur.

b) Berumur diantara 18 sehingga 55 tahun

c) Berminat untuk menceburi bidang Agromakanan

d) Tidak mengira kelayakan akademik

Bentuk insentif

Elaun Pengajian (maksimum 6 bulan)

  • RM800: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) tempatan berumur 40 tahun dan ke bawah; dan
  • RM1,000: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) berumur 40 tahun ke atas; dan termasuk golongan kurang upaya (OKU).

Bantuan Mobiliti (one-off)

  • RM600: Sekiranya terpaksa berpindah melebihi 100km (sehala) dari lokasi tempat pemastautin; dan
  • RM1,000: Sekiranya terpaksa berpindah merentasi wilayah seperti dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

Tempoh permohonan dan kelulusan

  • Permohonan telah dibuka pada 10 Ogos 2020.
  • Selepas permohonan lengkap diterima, proses pemadanan akan dibuat dan e-mel notifikasi akan diterima selepas selesai proses tersebut.
  • Pembayaran insentif akan dibuat secara bulanan selepas penerimaan pelaporan daripada pihak syarikat.
  • Pembayaran bantuan mobiliti akan dibuat selepas syarikat berjaya membuat pemilihan pelatih dan saringan kelayakan dibuat.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi

  • Pegawai Perkhidmatan pelanggan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03-8870 1802/ 1695/ 1692
  • Atau emel kepada [email protected]

4 thoughts on “CARA PERMOHONAN ELAUN DI BAWAH PROGRAM MyFUTUREAGRO”

Leave a Comment