CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

BANTUAN KHAS COVID19 NADMA
Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.
Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Baca juga tentang SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS JKM
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19
SENARAI TIDAK LAYAK MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19
Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
- Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.
Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA
Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
- Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.
HANTAR PERMOHONAN SECARA MANUAL (POS)
Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:
- Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat KWABBN)
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
- Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
- Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
DOKUMEN SOKONGAN KKM BAGI DI BAWAH PERINTAN PENGAWASAN/PEMERHATIAN
Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
- Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
- Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA
- Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
- Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19
- Tarikh tutup bantuan khas ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021 layak untuk dipertimbangkan.
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19
- Untuk membuat semakan permohonan,layari portal SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID 19
- Pemohon boleh buat semakan permohonan dengan masukan nombor kad pengenalan diri dan tekan butang HANTAR.Status permohonan anda akan dipaparkan.
SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS COVID-19
Siapa Yang Layak Memohon?
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan pendapatan sepanjang PKP.
Berapakah Kadar Bantuan Khas COVID-19 NADMA?
- RM100 sehari sepanjang tempoh PKP.
Bagaimanakah Untuk Memohon Bantuan NADMA?
- Layari portal nasmi nadma.gov.my untuk download borang permohonan online.
Dokumen Diperlukan?
- Antaranya borang permohonan, salinan kad pengenalan, borang akuan kehilangan pendapatan dan salinan penyata bank.
Bagaimanakah Pembayaran Akan Dibuat?
- Pembayaran akan dibuat secara one-off melalui Electronic Fund Transfer dalam tempoh 30 hari bekerja kepada yang layak.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Orang ramai boleh melayari www.nadma.gov.my untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800 atau e-mel di [email protected]