CARA PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

CARA PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

CARA PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

Tujuan Bayaran Insentif Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)

Bayaran insentif ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam industri pengasuhan kanak-kanak di Malaysia.

Baca juga tentang PERMOHONAN JAWATAN PENYELIA DAN PEMBANCI SAMBILAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020

CARA PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

Faedah Yang Diperolehi

Faedah yang akan diperolehi oleh peserta kursus adalah seperti berikut :

  • Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP)Cpeserta akan dibiayai menggunakan insentif ini.
  • Menerima Sijil KAP setelah selesai menjalani kursus ini.
  • Diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar.

Kelayakan Permohonan Bayaran Insentif KAP

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang berusia 18 tahun ke atas
  • Pengasuh di TASKA berdaftar yang belum hadir dan lulus KAP / KAAK
  • Individu yang berminat untuk bekerja dalam industri pengasuhan kanak-kanak.

Kaedah Pelaksanaan Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak

  • KAP dijalankan secara atas talian
  • Penilaian peserta adalah melalui peperiksaan danpraktikum.

Cara Permohonan Insentif Bayaran KAP

Bagi pemohonan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, dapatkan borang permohonan insentif di pejabat JKM Negeri atau melalui laman sesawang ezi2care di pautan berikut:

CARA PENYALURAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS INI

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan insentif ini kepada agensi latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Senarai agensi latihan boleh didapati menerusi laman sesawang ezi2care (http://ezi2care.jkm.gov.my/).

Ketahui juga tentang PENDAFTARAN PENDAFTARAN IBU TUNGGAL/SINGLE MOTHER PADA PORTAL JKM & JPW

Bayaran Insentif KAP

Berapakah bayaran insentif KAP yang boleh diberikan untuk seorang pemohon?

  • Kadar bayaran insentif KAP yang boleh diberikan adalah sebanyak RM900.00 seorang.

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Pertanyaan berhubung perkara ini boleh dibuat dengan menghubungi:

(i) Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan,

      atau

(ii) Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999

Leave a Comment